Perak semakin hampir untuk merampas gelaran acara beregu lelaki Piala Tun Ali daripada PDRM selepas menjinakkan Pahang 2-0 dalam separuh akhir di Dewan MBMB, Bukit Serindit, Melaka sebentar tadi.

Barisan bimbingan Dzafril Anuar itu menurunkan gandingan utama, Asyaraaf Hadi dan Yodsanon, tetapi bergelut dalam set pertama sebelum unggul 15-13.

Gandingan Pahang yang diperkuatkan duo; Akif Ismat dan Komkrit Kaewkhamjan cuba menjelmakan kebangkitan tetapi rejaman Yodsanon sukar dibendung pada hari ini dan menafikan hasrat mereka itu 6-15 untuk kemenangan kemenangan straight set.

Justeru, mereka akan mengatur pertemuan dengan Kedah yang menumpaskan Penang, juga melalui aksi dua set.

Regu wanita Perak turut menempah tiket ke final apabila mengatasi Selangor 2-0, sekali gus bakal mengatur pertemuan dengan Kuala Lumpur ---yang mengetepikan Kelantan 15-10, 14-12 -- bagi misi gelaran pertama.