Saingan hari kedua Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024 menyaksikan tumpuan terarah kepada kategori regu premier di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) B menentang Politeknik B di Dewan Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya, hari ini.
Dalam aksi itu, UPM yang turun dengan status selaku naib juara edisi lalu dipaksa bekerja keras sebelum menang dalam set pertama dengan keputusan 17-16.
UPM B yang diperkuatkan dengan kelibat pemain KPT Masum Knight yang turut pernah beraksi dalam saingan Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) 2024 seperti tekong, Amar Roslan, serta kapten, Haikal Huzaimi, kemudian dikejutkan dengan kebangkitan Politeknik B di set kedua hasil kemenangan 15-13.
Ketika ramai yang menjangkakan aksi sengit berterusan di set penentuan, sebaliknya berlaku apabila upm b mempamerkan kualiti sebenar dengan mendahului perlawanan 9-0 pada satu ketika sebelum memuktamadkan kemenangan 15-9.
"Saya bersyukur dengan peningkatakan semasa pasukan semakin meningkat dalam mencari kemenangan. Politeknik memberikan saingan hebat tetapi dengan tanggungjawab dan karakter mereka dapat menjalankan tugasan dengan baik dan mengakhiri dengan kemenangan," katanya. " kata ketua jurulatih sepak takraw UPM, Ahmad Sufi Hashim.
Kemenangan UPM itu menyaksikan peluang untuk mereka memburu slot ke pentas separuh akhir kembali terbuka namun perlu menang ke atas Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dalam aksi terakhir peringkat kumpulan B.
"Satu permainan yang baik walaupun kami tewas 1-2 kepada UPM, pemain mereka berpengalaman dan pernah beraksi di peringkat tinggi.
"Pemain Politeknik seimbang tetapi mereka mempersembahkan daya saing yang tinggi. Kesilapan dilakukan pertahanan daripad tekong." tambah ketua jurulatih sepak takraw Politeknik, Suhairi Sulaiman.
Saufi Tahir
Fri Dec 20 2024
Grand Final VSL 2024: UPM 'mandi peluh' sebelum tumbangkan Politeknik di Putrajaya
Saingan hari kedua Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024 menyaksikan tumpuan terarah kepada kategori regu premier di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) B menentang Politeknik B di Dewan Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya, hari ini.
Grand Final VSL 2024: UPM B raih langkah kanan
Saingan hari pertama Kejohanan Varsity Sepak Takraw League Grand Final 2024 menyaksikan, juara bertahan acara beregu, Universiti Putra Malaysia (UPM) B langkah kanan selepas berjaya mengatasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam aksi peringkat Kumpulan A yang berlangsung tiga set.
Grand Final VSL 2024: Wan Firdhaus sedia guna pengalaman bantu UPM rangkul gelaran
Kurang daripada 24 jam lagi sebelum bermulanya perlawanan Grand Finale Varsity Sepaktakraw League 2024, dengan skuad Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tumpuan apabila hampir semua yang berada dalam pasukan itu berpengalaman di saingan Sepak Takraw League (STL) dan Piala Tun Ali. Faktor itu semestinya akan memberikan sedikit tekanan buat apit
Sedikit perubahan jurulatih bawa Kota Setar juarai LBR Wanita
Skuad Kota Setar meraih gelaran juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Wanita selepas menundukkan Felda 2-1 dalam aksi final di Stadium Mini Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka
Barcelona 1-2 Atletico Madrid: Sorloth snatches smash-and-grab victory
Report: Barcelona 1-2 Atletico
'I did not like a single thing about the second half' - Conte frustrated despite Genoa win
Conte frustrated despite Genoa win
'For us, it's on!' - Arteta backs Arsenal in title challenge
Arteta: Title challenge is on
Leverkusen 5-1 Freiburg: Schick scores four as hosts go goal crazy
Report: Leverkusen 5-1 Freiburg
Crystal Palace 1-5 Arsenal: Christmas comes early for Jesus in Selhurst Park rout
Report: Crystal Palace 1-5 Arsenal
Genoa 1-2 Napoli: Anguissa and Rrahmani lift Conte's side to Serie A summit
Report: Genoa 1-2 Napoli
McKenna: Newcastle had 'too much' for Ipswich in thumping defeat
McKenna honest in Ipswich defeat