Ketua pengurus Manchester United, Erik ten Hag mendakwa bahawa pemilik separuh kelab bola sepak itu, Jim Ratcliffe, memintanya untuk terus tinggal di kelab itu.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang susulan pengendali dari Belanda itu bakal dipecat oleh pemilik saham sebanyak 27.7 peratus, INEOS, tanpa mengira keputusan perlawanan akhir Piala FA Inggeris, semalam.

Namun, sebaliknya yang berlaku di mana jurulatih berusia 54 tahun itu menegaskan bahawa INEOS komited untuk terus menyokong ten hag sebagai jurulatih the red devils.

“Saya mengadakan pertemuan bersama mereka dan mereka menginginkan perubahan bermula musim depan dengan saya kekal sebagai jurulatih.

“Kami mengakui sedang melakukan perubahan sedikit demi sedikit tetapi semua orang seakan tidak berpuas hati terhadap kelab ini,” katanya apabila ditemu bual oleh Voetbal International.