Satu pendedahan tertinggi yang baik buat skuad ragbi tujuh sepasukan negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018 walaupun telah dijangka bakal sukar memberi saingan kepada pasukan berkelas dunia seperti juara bertahan, Afrika Selatan, serta Scotland dan Papua New Guinea.
Hanya mereka yang mengikuti perkembangan dunia ragbi sedar akan cabaran paling sukar yang dihadapi skuad kendalian Mohd Saizul Hafifi dalam mencipta sebarang kejutan di Gold Coast, terutama selepas ketiga-tiga pasukan berkenaan beraksi dalam Kejohanan Siri Ragbi Dunia Tujuh Sepasukan.
Cuma daripada aspek positif, jumlah mata kekalahan yang diterima pasukan negara tidak sebesar di Glasgow empat tahun lalu, yang menyaksikan mereka tewas dengan angka melebihi 50 mata di tangan Wales dan Samoa.
Kali ini, hanya keputusan 43-0 kepada Afrika Selatan dan 41-0 kepada Scotland dengan purata tujuh try diberikan kepada lawan, sebelum try tunggal dihasilkan pasukan negara melalui Mohd Firdaus Tarmizi dalam pertemuan dengan Papua New Guinea yang menyaksikan Malaysia tewas 31-5.
"Kami tahu akan berdepan tentangan daripada pasukan-pasukan bertaraf dunia tetapi mereka tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik. Saya akui pemain-pemain menjadi semakin matang.
"Untuk Sukan Asia 2018, kami dapat mempersiapkan skuad yang terbaik," kata Saizul.
Saizul juga menambah jika mahu melihat perkembangan skuad ragbi tujuh sepasukan pantas berkembang, satu sasaran bagi memburu dua slot terbaik Asia perlu menjadi keutamaan kerana ia membolehkan pasukan negara dapat beraksi dalam Kejohanan Siri Ragbi Dunia Tujuh Sepasukan yang sering menjadi platform kepada pasukan berkelas dunia untuk beradu kekuatan.
"Malaysia perlu berada di kedudukan satu atau kedua Asia dan harus melalui satu lagi kejohanan yang diadakan di Hong Kong setiap tahun, yang dinamakan sebagai perlawanan kelayakan.
"Menyertai liga sebegitu pastinya banyak membantu kerana permainan kami sekarang membuatkan kami sukar menyaingi pasukan lebih besar. Pasukan Malaysia hanya beraksi di peringkat Asia Tenggara dan Asia tetapi hanya ada tiga kejohanan setiap tahun," ujarnya.
Ketua pasukan kebangsaan, Zulkiflee Azmi, menyifatkan pendedahan itu diharap mampu memberi sesuatu yang berguna kepada semua pemain dengan misi lagi besar untuk memburu pingat dalam Sukan Asia Jakarta 2018.
Dia juga menjelaskan bukan mudah untuk mendapat peluang sebegitu tatkala skuad ragbi tujuh sepasukan negara masih kerdil di peringkat antarabangsa.
"Saya beraksi di Glasgow 2014 dan prestasi pasukan di Gold Coast jauh berbeza kerana persiapan kami juga jauh lebih baik.
"Jadi, memang kami tahu tahap kami tidak menyamai tahap kebanyakan pasukan di sini tetapi kami tidak membenarkan mereka mengutip mata dengan mudah. Kami beraksi berhabis-habisan dan tidak mengaku kalah," ujar Zulkiflee.
Penulis Jemputan
Sun Apr 15 2018
Ragbi Malaysia perkenal bola edisi Wau Bulan
Corak Wau Bulan diangkat sebagai simbolik perjuangan skuad Bunga Raya melalui kerjasama degan Kuckreja untuk tempoh dua tahun.
Vickii Cornborough ucap selamat tinggal kepada ragbi selepas lahirkan anak kembar
Vickii Cornborough mengumumkan persaraannya daripada ragbi antarabangsa dengan berkata dia tidak rasa bersedia secara mental untuk kembali beraksi selepas melahirkan anak kembar musim panas lalu.
Ragbi: Muamalat Bullets selangkah pertahan kejuaraan
Juara bertahan Corporate Super Rugby, Muamalat Bullets, percaya mampu mengekalkan kejuaraan yang diraih dalam edisi 2022 memandangkan skuad kali ini dibarisi rata-ratanya pemain berpengalaman.
Sonny Bill Williams terpesona lawatan ke MCKK
Puluhan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pasti tidak dapat melupakan kenangan, yang mungkin menjadi antara detik indah dalam kehidupan mereka.
Lebih ramai serbu Sonny Bill Williams berbanding David Beckham di KL
Sonny Bill Williams jelas mempunyai kelompok peminat tegar di Malaysia apabila kehadiran disambut sehangat kelibat David Beckham.
Corporate Super Rugby kembali buat musim kedua
Saingan ragbi kebangsaan bakal dibuka menerusi saingan Corporate Super Rugby (CSR) kembali buat musim kedua.
Piala Dunia Ragbi: Kad merah Sam Cane buat All Blacks kempunan
Ketua pasukan New Zealand, Sam Cane, mengakui "sangat terluka" selepas dia dibuang padang dalam kekalahan 11-12 penentuan trofi Kejohanan Piala Dunia Ragbi kepada Afrika Selatan, awal pagi tadi.
Piala Dunia Ragbi: Afrika Selatan sekat England ke final dengan kelebihan hanya satu mata
Hasrat England untuk layak ke Piala Dunia Ragbi 2023 tidak kesampaian selepas tewas tipis 15-16 kepada juara bertahan, Afrika Selatan, dalam aksi separuh akhir di Stade de France awal pagi tadi.
Ragbi Piala Agong: PDRM akhiri penantian 32 tahun muncul juara
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya menamatkan kemarau 32 tahun apabila menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi-39 selepas menewaskan juara bertahan, Putrajaya 29-22 pada final di Stadium Ragbi Perak di Ipoh pada Sabtu.
Piala Dunia Ragbi: New Zealand mudah atasi Argentina untuk ke final
New Zealand menempah slot final Piala Dunia Ragbi buat kali kelima apabila membelasah Argentina 44-6 dalam aksi separuh akhir di Stade de France awal pagi tadi.
Inter's 'leader' Inzaghi upping the standards, says assistant Farris
Farris hails coach Inzaghi
Dundee 1-2 Celtic: Forrest braces restores Hoops' three-point lead at SPL summit
Report: Dundee 1-2 Celtic
Bucks star Lillard to miss Game 4 against the Pacers with Achilles injury
Bucks star Lillard to miss Game 4
Arteta was 'praying' Arsenal held on for derby victory
Arteta 'praying' Arsenal held on
'I don't celebrate goals any more' - Postecoglou bemoans VAR after Arsenal defeat
Postecoglou bemoans VAR
Rybakina eases past Sherif to reach Madrid Open last 16
Rybakina eases into Madrid last 16
'We fought until the end' - Saka 'delighted' as Arsenal withstand late Spurs surge
Arsenal were given a late scare in the north London derby, but held on for a huge three points against Tottenham to boost their title hopes.
Tottenham 2-3 Arsenal: Gunners hold off late fightback to boost title hopes
Report: Tottenham 2-3 Arsenal
Bournemouth 3-0 Brighton: Unal stars as Cherries continue upward surge
Bournemouth's hopes of qualifying for Europe are firmly intact after a 3-0 victory over Brighton on Sunday.
Everton Women 1-1 Arsenal Women: Hobson breaks WSL record to all but end Gunners' title hopes
Hobson breaks WSL record in draw