Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menjadikan pencapaian skuad regu dan double di Kejohanan Piala Dunia ISTAF pada Mei lalu sebagai momen terbaik buat tahun 2024.

Terdahulu, skuad Malaysia yang dibarisi Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk muncul juara Piala Dunia ISTAF 2024 sekali gus menamatkan badi berdepan Thailand menerusi acara regu dalam acara final di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Malah, anak buah Jais Baharun turut mendominasi acara Double untuk muncul juara menewaskan lawan dari Thailand.





"Momen yang terbaik buat kami di barisan kejurulatihan adalah daapt melihat pencapaian di piala dunia buat pasangan beregu dan double merupakan yang terbaik buat skuad kebangsaan.

"Saya beraharap kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun akan datang." katanya.