Gregor Townsend memuji Scotland selepas bangkit daripada kekalahan kepada Afrika Selatan untuk menghasilkan 19 try dalam kemenangan berturut-turut ke atas Tonga dan Romania, sekali gus akan mencongak pertemuan kumpulan B dengan Ireland bagi perebutan ke suku akhir.

The Scots beraksi dalam perlawanan wajib menang selepas tewas kepada The Boks dalam aksi pertama, dan selepas menewaskan Tonga 45-17 hujung minggu lalu, mereka mendapatkan satu lagi mata bonus dengan menewaskan Romania 84-0 di Lille.

Dua keputusan terakhir itu menyaksikan pasukan bimbingan Townsend itu berpeluang untuk layak ke suku akhir jika mereka dapat menewaskan Ireland di Paris hujung minggu depan.

"Saya berbangga dengan cara mereka bangkit," kata Townsend.

"Pemain berlatih dengan amat baik minggu ini, di mana mereka melaksanakan usaha keras yang diperlukan dan kemudian bermain di tahap di mana anda boleh menghasilkan try yang banyak seperti yang kami lakukan dalam dua perlawanan terakhir.

"Ia juga membolehkan kami untuk mencongak perlawanan penentuan berdepan Ireland.

"Kredit perlu diberikan kepada pemain dengan cara mereka bekerja keras dalam sesi latihan dan dalam perlawanan menentang Tonga dan Romania. Kedua-dua perlawanan ini memerlukan ketahanan fizikal dan kami perlu memenangi pertempuran itu."