SEPANYOL 2 SCOTLAND 0

Scotland mengalami kekalahan pertama dalam kempen pusingan kelayakan Euro 2024 setelah tewas 0-2 kepada Sepanyol dalam aksi Kumpulan A di Sevilla awal pagi tadi.

Pasukan pendahulu itu memenangi kesemua lima perlawanan pertama Kumpulan A, termasuk dengan menewaskan Seanyol 2-0 di Hampden Park pada Mac lalu dan kemenangan dalam perlawanan kali ini atau sekiranya Norway gagal menewaskan Cypurs dalam satu lagi perlawanan akan melayakkan mereka ke pusingan akhir di Jerman tahun depan.

Scotland bertahan bermati-matian untuk menamatkan separuh masa pertama tanpa dibolosi sebelum Scott McTominay, yang menjaringkan kedua-dua gol ketika menewaskan Sepanyol di Glasgow, melepaskan sepakan percuma gemilang yang menerjah gawang pada minit ke-59 tetapi jaringan itu dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Jack Hendry terrlebih dahulu melakukan kekasaran ke atas penjaga gol.

Alvaro Morata kemudian menanduk masuk gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-73 dan pemain gantian, Oihan Sancet, melengkapkan kemenangan Sepanyol pada minit ke-86 untuk La Roja melonjak ke tangga kedua Kumpulan A dan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Dan dengan kejaaan Norway menewaskan Cyprus, Scotland perlu menunggu perlawanan menentang Georgia pada pada minggu depan untuk mengesahkan kelayakan.

Sebelum itu, pasukan bimbingan Steve Clarke berkenaan akan melayani Perancis dalam aksi persahabatan di Lille pada Rabu ini tetapi Sepanyol akan bertemu Norway dua hari sebelumnya dan sekiranya Norway gagal mencatatkan kemenangan, Scotland akan melayakkan diri lebih awal ke kejohanan utama.