Shaiful Shamsudin
Fri Dec 09 2022

Harry Kane tidak akan mengubah apa-apa tentang rutin sepakan penaltinya sekiranya dia perlu berdepan rakan sepasukan di Tottenham, Hugo Lloris, dalam pertemuan perlawanan suku akhir Piala Dunia di antara England dengan Perancis, awal pagi esok.
Ketua pasukan England itu akan menerajui barisan serang The Three Lions yang diketuai oleh penjaga gol tersebut di Stadium Al Bayt.
Anak buah Gareth Southgate itu akan turun sebagai 'underdog' ketika berdepan juara bertahan tersebut dalam pusingan kalah mati berkenaan yang diramalkan diheret ke penentuan penalti.
Walaupun Kane dan Lloris beraksi bersama di peringkat domestik sejak 2011 yang menyaksikan penyerang England itu membuat penampilan sulung di Spurs, pertembungan kali ini dianggap agak asing bagi pemenang Kasut Emas 2018 tersebut.
“Anehnya, saya tidak terlalu banyak berlatih berhadapan Hugo, biasanya dalam latihan saya berdepan penjaga gol pilihan kedua mahupun ketiga,” kata Kane dalam sidang media.
“Penjaga gol utama biasanya tidak menyertai latihan sehari sebelum perlawanan iaitu ketika saya berlatih.
“Sudah tentu, kami pernah saling melaluinya tetapi saya tidak akan mengatakan saya pernah berlatih banyak sepakan penalti dengannya dan berasa terbeban mengenainya.
“Saya mempunyai situasi yang sama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan saya jua berdepan penjaga gol England, saya berpegang pada proses kedan rutin, iaitu menjalani latihan yang sama menjelang perlawanan sambil berharap cuba memberikan hasil terbaik jika disenaraikan dalam perlawanan.
“Saya seorang yang sentiasa memberi galakan kepada diri sendiri dalam apa jua situasi berdepan mana-mana penjaga gol, tetapi saya pernah menyaksikan Hugo menyelamatkan beberapa percubaan yang hebat.
"Mudah-mudahan saya mempunyai peluang yang boleh disudahkan, tetapi saya juga sedar bahawa keperluan untuk berada di puncak permainan bagi menjelmakannya ketika menentang salah seorang penjaga gol terbaik ketika ini."

Rooney label Harry Kane sebagai penyerang terbaik England
Wayne Rooney percaya Harry Kane layak dipandang sebagai penyerang terhebat dalam sejarah England selepas kapten itu menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya.

Kelayakan Euro 2024: Harry Kane lakar pencapaian luar biasa di Itali
Gareth Southgate berasakan pencapaian luar biasa Harry Kane membuktikan kekuatan mentalnya mengatasi rekod penjaring terbanyak England dalam kemenangan 2-1 ke atas Itali, awal pagi tadi.

Piala Dunia tidak lagi hantui Harry Kane -- Southgate
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, percaya Harry Kane sudah melupakan episod kekecewaan dalam Piala Dunia di Qatar yang lalu.

Kelayakan Euro 2024: England lupakan khidmat Marcus Rashford, Nick Pope
Marcus Rashford dan Nick Pope tidak dapat meneruskan komitmen bersama England bagi menghadapi kempen kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine akibat kecederaan.

Kelayakan Euro 2024: England panggil Toney, Trent terpinggir
Ivan Toney menerima panggilan tugasan antarabangsa menjelang dua perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine hujung bulan ini tetapi Trent Alexander Arnold tidak tersenarai.

Ragbi Enam Negara: Ireland tanpa khidmat Ringrose, Henderson menjelang penentuan Grand Slam
Ireland kehilangan khidmat Garry Ringrose dan Iain Henderson menjelang penentuan Grand Slam menentang England dalam Kejohanan Ragbi Enam Negara hujung minggu ini.

Ragbi Enam Negara: Slade, Arundell kembali perkuat England bagi aksi lawan Itali
Henry Slade dan Henry Arundell telah pulih daripada kecederaan untuk dinamakan sebagai 36 pemain England bagi perlawanan Kejohanan Ragbi Enam Negara menentang Itali di Twickenham hujung minggu ini.

Klopp gesa Bellingham dilindungi selepas aksi luar biasa dalam Piala Dunia
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap Jude Bellingham tidak akan mengalami tekanan yang terlalu besar selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika mewakili England dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Southgate kekal bimbing Three Lions
Gareth Southgate akan kekal sebagai pengurus England melalui Euro 2024, menamatkan spekulasi mengenai masa depannya berikutan tersingkirnya Three Lions daripada Piala Dunia Qatar.

Gary Neville seru Southgate perlu dikekalkan sehingga Euro 2024
Gareth Southgate harus kekal sebagai pengurus England sehingga Euro 2024 walaupun mereka tersingkir di suku akhir Piala Dunia Qatar, kata Gary Neville.

Rahm knocked out by Horschel at WGC Match Play as Scheffler and McIlroy progress
Second seed Jon Rahm failed to card one birdie in his final group match, confirming his premature exit with Billy Horschel progressing.

Koeman 'expected more from everyone' after France ruin Netherlands return
Goals from Antoine Griezmann, Dayot Upamecano and Kylian Mbappe (two) gave France a convincing win against the Netherlands.

Wallace holds Corales Puntacana lead as he chases maiden PGA Tour triumph
Matt Wallace rose to the top of the leaderboard after a bogey-free second round, but Sam Stevens and Wyndham Clark lead the challengers.

Deschamps denies captaincy grief as Griezmann links with Mbappe to down the Netherlands
Antoine Griezmann and Kylian Mbappe put any differences behind them as they linked up to give France a second-minute lead.

Tedesco expects more from Belgium despite sweeping aside Sweden
Romelu Lukaku's treble ensured Domenico Tedesco's Belgium reign got off to a great start, but the head coach insists there is room for more.

Modric reaffirms commitment to Madrid amid links to Ronaldo's Al Nassr
Real Madrid midfielder Luka Modric is out of contract at the end of the season, but he is hoping to stay with the LaLiga giants.

France 4-0 Netherlands: Mbappe leads to way to ruin Koeman's comeback
Kylian Mbappe and Antoine Griezmann put their captaincy battle behind them to help France to a comfortable win over the Netherlands.

Sweden 0-3 Belgium: Lukaku hat-trick gets Tedesco tenure off to flying start
In their first game since December's World Cup exit, Belgium were comfortable 3-0 winners over Sweden in Friday's Euro 2024 qualifier.

Doncic fined $35,000 for money gesture directed at officials
A frustrating game for the Mavericks saw them lose to the Warriors after what they deemed to be an incorrect referee call.

Yaya Toure confident of managerial opportunities despite Vieira sacking
The recent dismissal of Patrick Vieira by Crystal Palace means there are no black managers in the Premier League.