Harry Kane mahu memecahkan rekod England Wayne Rooney secepat mungkin di Piala Dunia Qatar, walaupun tidak akan panik jika dia terpaksa menunggu.
England memulakan kempen mereka di Qatar menentang Iran malam ini, dengan Kane mencatatkan 51 gol untuk Three Lions.
Penyerang Tottenham itu hanya ketinggalan dua gol di belakang Rooney, dan setelah memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia 2018, Kane kelihatan berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak England.
Dengan pilihan England untuk mengunggili Kumpulan B, selepas diundi bersama Amerika Syarikat dan Wales, Kane berharap untuk memecahkan rekod itu dalam masa terdekat, namun ia jauh daripada keutamaannya.
“Mudah-mudahan secepat mungkin, pasti, tetapi sekali lagi saya bercakap sebelum kejohanan, saya gemar memberikan fokus kepada permainan saya, lakukan yang terbaik untuk pasukan,” kata Kane.
“Saya tahu pasukan yang kami ada boleh mencipta peluang dan saya perlu bersedia untuk apa yang bakal hadir kepada saya.
“Jelas sekali, saya cukup bernasib baik untuk bermain bersama Wayne untuk England, dia pemain yang hebat, saya mengaguminya ketika membesar, menontonnya dalam kejohanan utama.
"Mengenalinya adalah satu penghormatan dan saya harap saya dapat melakukannya secepat mungkin. Tetapi jika tidak, ia bukan sesuatu yang saya akan panik, saya hanya fokus perlawanan demi perlawanan."
Tiga daripada enam gol Kane di Russia datang dari sepakan penalti, manakala hanya satu daripada jaringannya dijaringkan pada peringkat kalah mati.
Kane juga mengambil masa ketika saingan Euro 2020, gagal menjaringkan gol di peringkat kumpulan, walaupun dia kemudian menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan peringakt kalah mati.
Dia berada dalam prestasi cemerlang untuk Spurs musim ini, dengan hanya Robert Lewandowski dan Erling Haaland yang menjaringkan lebih banyak gol pemain dalam lima liga terbaik Eropah. Pemain berusia 29 tahun itu bagaimanapun menumpukan perhatian kepada nasib England.
“Ia adalah satu perkara yang hebat untuk dicapai, saya mampu melakukannya pada 2018 dan ia membantu pasukan mara ke separuh akhir,” kata Kane mengenai memenangi Kasut Emas.
“Saya tahu jika saya memenanginya tahun ini maka mudah-mudahan ia bermakna kami bermain dengan baik dan pergi agak jauh.
"Sebagai penyerang saya akan dinilai berdasarkan gol, saya tahu bagaimana ia berfungsi, tetapi yang paling penting ialah memberikan yang terbaik untuk pasukan sama ada menjaringkan gol, membantu, bertahan. Saya bersedia melakukan apa yang perlu untuk menang.
"Daripada segi pemain, kami bermain menentang yang terbaik di dunia. [Cristiano] Ronaldo, [Lionel] Messi, Neymar. Kami perlu tunggu dan lihat.
"Saya cuba untuk tidak memikirkan perkara seperti Kasut Emas, perkara paling penting ialah cuba memenangi Piala Dunia, itulah tumpuan kami. Ia adalah jalan yang sukar di hadapan tetapi kami fokus pada itu."
Ammar Hakim
Sun Nov 20 2022
Wayne Rooney tolak lamaran kelab Arab Saudi sebelum ke Birmingham
Pengurus baru Birmingham, Wayne Rooney, mendedahkan bahawa dia memilih haluan berbeza sewaktu dilamar oleh kelab dari Arab Saudi.
Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL
Wayne Rooney menegaskan bahawa dia bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pengurus Birmngham dalam misi membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham
Wayne Rooney telah disahkan sebagai pengendali baharu Birmingham dengan perjanjian tiga tahun setengah.
DC United tidak lagi guna kepakaran Wayne Rooney
Wayne Rooney akan meninggalkan DC United selepas harapan mereka untuk melangkah play-off Liga Utama Bolasepak (MLS) berakhir.
EPL: Rooney gesa Rashford pecah rekodnya di Manchester United
Marcus Rashford mendedahkan bahawa Wayne Rooney mahu dia memecahkan rekod jaringannya di Manchester United.
Wayne Rooney label Arsenal dalam kelas elit Eropah
Bekas bintang England, Wayne Rooney, menggelar Arsenal sebagai salah satu skuad terbaik Eropah sambil menyuarakan kekecewaan selepas melihat pasukan MLS All-Star kendaliannya ditewaskan hampir tidak melawan, sebentar tadi.
Wayne Rooney saran Harry Maguire, Mason Greenwood tinggalkan Manchester United
Bekas ketua pasukan Manchester United, Wayne Rooney, berpesan kepada Harry Maguire dan Mason Greenwood supaya angkat kaki dari Old Trafford.
MLS: Wayne Rooney sambut Lionel Messi dengan tangan terbuka
Ketua jurulatih Count D.C. United, Wayne Rooney, antara yang teruja dengan kehadiran Lionel Messi ke Liga Bolasepak Utama (MLS).
Rooney puji cara The Red Devils kendalikan isu Ronaldo
Wayne Rooney memuji Manchester United kerana segera mengalihkan isu Cristiano Ronaldo sambil menyokong azimat baru mereka, Marcus Rashford, untuk mengatasi rekodnya jaringan sendiri.
Rooney label Harry Kane sebagai penyerang terbaik England
Wayne Rooney percaya Harry Kane layak dipandang sebagai penyerang terhebat dalam sejarah England selepas kapten itu menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya.
Orlando City v Toronto FC: Pareja delighted with Lions’ character
Preview: Orlando City v Toronto FC
Nashville SC v San Jose Earthquakes: ‘A win would change everything’ - Godoy
Preview: Nashville v SJ Earthquakes
Liverpool agree compensation deal for Slot
Liverpool agree deal for Slot
QPR 4-0 Leeds United: Shock loss for Farke's men seals Leicester's promotion
Report: QPR 4-0 Leeds United
Real Sociedad 0-1 Real Madrid: Los Blancos edge closer to LaLiga title with win
Report: Real Sociedad 0-1 Madrid
Minnesota United v Sporting Kansas City: ‘It’s what I’ve waited for’ - Oluwaseyi
Preview: Minnesota v Sporting KC
‘We can’t control the Opta supercomputer’ – Eidevall says Arsenal’s destiny is in their own hands
Eidevall previews Everton clash
Brazil legend Marta to retire from international football
Brazil's all-time top scorer, Marta, is hanging up her boots at the end of the year.
IPL: Bairstow century gives Kings stunning win over KKR with record run chase
IPL: Bairstow century for Kings
Man City title hopes rocked by Shaw injury
Man City title hopes rocked