Marcus Rashford mendedahkan bahawa Wayne Rooney mahu dia memecahkan rekod jaringannya di Manchester United.

Rooney merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman di Old Trafford dengan 253 gol tetapi Rashford, 25, yang baru sahaja menandatangani kontrak baru lima tahun bersama The Red Devils, kelihatan berada di posisi terbaik untuk memadamkan rekod berkenaan.

30 gol yang djaringkannya sepanjang musim lalu merupakan kempen paling prolifik buat Rashford untuk kini mengumpulkan 123 gol dan potensinya kini semakin menyerlah di bawah bombingan Eric ten Hag.

Rashford berkata Rooney memberikan galakan kepadanya untuk memecahkan rekod jaringan itu di United.

Ditanya Gary Neville dalam Overlap -- sebuah rancangan usaha sama dengan Sky Bet -- sama ada dia mampu melangkaui rekod Rooney itu, Rashford berkata: "Harap-harap saya boleh.

"Anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku tetapi saya hanya mahu menjaringkan gol dan melakukan bantuan jaringan. Ia pasti ada peluang sekiranya itu berlaku.

"Saya sebenarnya sudah bercakap dengan Wazza -- dia mahu saya memecahkannya.

"Dia berkata ia akan menjadi sesuatu yang baik untuk saya lakukan memandangkan saya membesar di kelab ini.

"Harap-harap saya mendapat peluang untuk menjadikannya kenyataan," katanya.