Apabila FIFA menyenaraikan Johor Darul Ta’zim selaku kelab yang berpontensi untuk bermain di kejohanan Piala Dunia Kelab Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 2025 oleh badan induk bola sepak dunia itu sebenarnya telah mengiktiraf pencapaian yang dimiliki skuad dari selatan tanah air itu.

Di mana FIFA telah meletakkan skuad juara Liga Super sepuluh tahun berturut-turut itu di tangga ke 11 dari 12 kelab terbaik di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Ini sudah tentu menjadi satu kebangaan oleh seluruh pencinta bola sepak Negara apabila sebuah kelab dari Malaysia di angkat setaraf dengan kelab-kelab gergasi di Asia dan Dunia.


Walaupun baru sedekat lebih kelab Johor Darul Ta’zim ini dijenamakan namun pencapaian yang dimiliki di liga domestik bermula pada tahun 2014 apabila menjuarai Liga Super sehingga kini serta piala-piala yang dipertandingkan dalam liga domestik.

Lebih membanggakan apabila Harimau Selatan mencipta sejarah dalam arena bola sepak tanah air apabila buat pertama kali sebuah kelab dari Malaysia menjuarai Piala AFC pada tahun 2015.

Tidak berhenti disitu sahaja sebaliknya kelab yang dimiliki Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus mencipta nama apabila berjaya melepasi pusingan 16 pada Piala Juara-juara Asia (ACL) pada musim 2022 dan konsisten bermain di ACL.

Atas pencapian inilah ramai pihak mula memberi perhatian atas usaha yang dilakukan Harimau Selafan itu terutamanya Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Bukan setakat penyediaan pasukan terbaik sahaja tetapi lihat bagaimana kesungguhan pengurusan JDT terutama pemiliknya, Tunku Ismail ingin memastikan juga fasiliti latihan dan pertandingan bertaraf dunia seperti kualiti padang latihan dan pertandingan.

Selain itu pengurusan Harimau Selatan juga menitik beratkan skuad pembangunan mereka dimana telah mewujudkan Akademi Bolasepak JDT dari peringkat umur 12 tahun sehingga 17 tahun.

Dengan usaha dan pencapian yang dimiliki oleh pasukan JDT itu ia telah membuatkan jenama Harimau Selatan itu terus berdiri megah dan membolehkan skuad kendalian Estiban Solari itu terus mengutip mata kedudukan kelan terbaik di Asia.

Inilah yang perlu dicontohi oleh semua kelab di Malaysia, bagaimana JDT merancang dan mengurus pasukan agar ia terus mendapat perhatian semua supaya nilai komersial JDT terus meningkat.

Ini juga perlu difikirkan oleh FAM agar dapat terus membantu kelab-kelab di Malaysia agar terus maju dan dapat meningkatkan kemajuan bola sepak Malaysia tidak kira dari segi pengurusan atau pun pemain.