Kedah Darul Aman (KDA) FC telah menerima surat pengesahan daripada badan induk bola sepak dunia, FIFA semalam yang memaklumkan sekatan perpindahan pemain dikenakan pada 4 Mac 2024 telah ditarik balik.

Pihak pengurusan menegaskan, isu tersebut berbangkit kerana aspek teknikal yang boleh dielakkan sejak awal dan pihak pengurusan telah menyelesaikan tuntutan bekas pemain pasukan Kedah musim 2020 dan 2021.



Selaras dengan persiapan musim ini, pengesahan itu membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi saingan musim 2024/25.