Najmi Iman
Mon Oct 28 2024
Ekoran usia yang semakin meningkat dan juga faktor prestasi semasa, pemain beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo, bakal meninggalkan arena badminton menjelang tahun depan.
Vivian berhasrat menggantung raket sejurus selepas berakhirnya Kejohanan Terbuka Malaysia 2025, Januari depan.
Bagaimanapun, Vivian tidak menjelaskan hala tuju sebenarnya selepas mengumumkan persaraan kelak dengan dia sedang berkira-kira untuk membuka akademi badminton sendiri.
"Sememangnya saya sangat menikmati masa bermain badminton walaupun secara profesional selepas keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
"Saya rasa sudah sampai masa saya memikirkan perkara baru pada masa hadapan.
"Saya merancang untuk membuka sebuah akademi badminton dan sedang membuat persiapan mengenainya," katanya.
Sementara itu, Vivian turut menghormati pilihan Rosmaz Razak yang akan kembali ke pangkuan (BAM) meskipun mengakui kehilangannya sangat dirasai oleh sektor profesional negara.
sot: vivian hoo/ beregu wanita profesional negara
"Semestinya memberi kesan kepada kami kerana dia sudah lama bersama kami kerana dia sangat memahami mengetahui segala strategi dan taktik.
"Saya menghormati keputusannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada dia," luahnya.
Final Jelajah Dunia BWF: Pasangan suami isteri elak tekanan buru kelayakan
Pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai, enggan memberi tekanan buat diri sendiri dalam misi memburu tiket ke Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF (WTF) di China akhir tahun ini.
Masters Indonesia: K. Letshaana mara ke final dengan straight set
Pemain perseorangan wanita negara, K. Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan lawan dari Taiwan, Liang Ting-yu, dengan kemenangan straight set 21-18, 21-19.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
Pearly Tan dan M.Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Teo Kok Siang sahut cabaran pacu kem profesional badminton
Jurulatih beregu profesional negara, Teo Kok Siang, menyifatkan transisi penghijrahan Rosman Razak ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Selasa depan sebagai satu kehilangan besar buat sektor beregu profesional negara.
Aaron Chia yakin tembusi Akhir Jelajah Dunia
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memerlukan tiga separuh akhir untuk mengesahkan kelayakan ke Akhir Jelajah Dunia di Hangzhou, China pada 11 hingga 15 Disember depan.
Ng Tze Yong tunjuk perkembangan positif
Jurulatih perseorangan lelaki negara, K. Yogendran, menjelaskan Ng Tze Yong menunjukkan perkembangan positif dan sudah melakukan latihan di gelanggang untuk kembali bersaing pada tahun depan.
Beregu utama negara kena tegur
Jurulatih beregu negara, Tan Bin Shen, mengingatkan pemain negara bahawa ranking dunia dan prestasi semasa adalah dua perkara berbeza.
Kejohanan Badminton 100Plus Antara Negeri Kebangsaan 2024: Pulau Pinang muncul juara
Pulau Pinang akhirnya dinobatkan selaku juara Kejohanan Badminton 100Plus Antara Negeri Kebangsaan 2024 menerusi acara lelaki bawah 16 tahun selepas menewaskan pasukan Melaka 2-1.
Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk terus berada di bawah naungan badan induk itu.
Pemain profesional negara, Vivian Hoo bakal bersara?
Ekoran usia yang semakin meningkat dan juga faktor prestasi semasa, pemain beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo, bakal meninggalkan arena badminton menjelang tahun depan.
Silva grateful Fulham's dominance was rewarded with late win
Silva grateful for late win
Guardiola expecting challenging season for injury-hit Man City
Pep expects challenging season
Returning fan favourite Alonso calls Liverpool 'one of Europe's best'
Alonso relishing Anfield return
Fulham 2-1 Brentford: Wilson's late brace seals comeback win
Report: Fulham 2-1 Brentford
Neymar suffers fresh injury blow
Neymar injured in Al-Hilal win
Juve must play at their limits against in-form Lille, warns Motta
Motta warns Juve of Lille threat
Smith not pinning blame on Ford for England loss
Smith: Ford not to blame for loss
Gyokeres rated above Haaland by Sporting captain Hjulmand
Gyokeres 'better than Haaland'
Arsenal sporting director Edu steps down
Edu quits Arsenal
Amorim: Man Utd will think 'new Alex Ferguson has arrived' if Sporting beat Man City
Amorim ready for scrutiny v City