Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memerlukan tiga separuh akhir untuk mengesahkan kelayakan ke Akhir Jelajah Dunia di Hangzhou, China pada 11 hingga 15 Disember depan.

Jelas Aaron, ia bukanlah perkara mustahil tetapi perlu setidak-tidaknya sampai ke peringkat separuh akhir bagi Masters Korea Selantan 2024, Masters Jepun 2024 dan China Masters 2024.

Aaron-Wooi Yik kini di kedudukan ke-12 ranking dunia dalam memburu tempat ke Akhir Jelajah Dunia dengan 56,090 mata.

"Kami berkeyakinan tapi jurang kedudukan masih ada.

"Jadi kami harap dapat buat yang terbaik dalam baki tiga kejohanan untuk layak ke Akhir Jelajah Dunia.


"Keadaan kami juga semakin bagus dengan Wooi Yik baru sembuh dan berwaspada biarpun tidak mengadu sebarang kesakitan.

"Apa pun, biar kami habiskan tiga baki kejohanan ini," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.