Selepas bergelar juara dunia Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu, Bonnie Bunyau Gustin, gembira menepati ramalan dengan memastikan lagu Negaraku berkumandang dalam Sukan Paralimpik 2020 buat kali pertama di Tokyo, hari ini.

Atlet kelahiran Sarawak itu tidak menjadi penyertaan pertama sebagai penghalangnya dengan turut melakar rekod baru kategori 72kg temasya, 230kg.

"Pingat ini sangat penting, lagipun ini kali pertama saya menyertai Sukan Paralimpik.

"Saya membuat persembahan terbaik. Ini kenangan manis bagi saya dan juga hadiah kebangsaan, Selamat Hari Merdeka," katanya di Nadi Weeked.

Jurulatihnya, Jamil Adam, yakin kemampuan anak buahnya itu akan terus berkembang selepas mencetak namanya selaku pemegang dua rekod terbaik dunia ketika ini.

"Berdasarkan prestasi semasanya, saya memang sudah jangkakan dia boleh buat.

"Rekod Paralimpik sebelum ini milik peserta Iraq (Rasool Mohsin) seberat 227kg, memang kami nak pecahkan rekodnya sambil cuba mengatasi rekod dunia 230kg yang dimiliki Bonnie sendiri.

"Sekarang dia pegang dua rekod, iaitu Paralimpik dan dunia. Insya-Allah pada masa akan datang dia boleh menyerlah lagi," katanya.




Sementara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) merangkap chef-de-mission (CDM) Sukan Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, tidak terkejut dengan pencapaian atlet powerlifting itu untuk membanggakan negara hingga ke tahap ini.

"Kami sentiasa yakin mereka mampu melakukannya, bukan kami terlalu yakin tapi (ia terbit menerusi) persiapan, keazamannya dan dia amat fokus.

"Saya percaya atlet Malaysia yang lain pun amat teruja.

"Satu emas sudah dimenangi dan berdasarkan prestasi yang dipamerkan setahun sebelumnya, gerun itu masih ada. Di peringkat awal saingan tadi, Bonnie seorang sahaja dalam percubaan pertama berjaya mengangkat 217kg -- paling berat -- sementara empat peserta lain gagal di bawah 200kg," kata Megat D Shahriman.