Bekas Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David telah dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia.

Penghargaan ini diberi selepas segala usaha yang dilakukan Nicol dalam menaikkan belia negara dari segi sukan negara.




"Saya sangat gembira untuk umumkan yang saya telah dinamakan sebagai Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia.

"Satu penghargaan yang diberikan kepada saya dari pihak universiti untuk menjadi duta Heriot-Watt dan berharap dapat memberi inspirasi kepada belia masa depan kita," kata Datuk Nicol di laman X.