Muzaffar Musa
Mon Apr 25 2022

Joel Embiid didenda sebanyak $15,000 (RM65,362.50) kerana mengkritik pegawai perlawanan ketika Philadelphia 76ers tewas kepada Toronto Raptors dalam playoff NBA hujung minggu lalu.
The Sixers, bagaimanapun, masih mendahului 3-1 dalam siri itu tetapi tidak dapat mengesahkan laluan mereka ke separuh akhir Sidang Timur di Scotiabank Arena.
Ia bukanlah hari yang baik buat Embiid, yang menjaringkan lebih daripada 30 mata dalam Game 2 dan 3 siri itu tetapi hanya dapat mendaftarkan 21 mata dalam Game 4 -- menjaringkan tujuh daripada 16 percubaan padang.
Embiid tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pegawai perlawanan dan bekata kepada wartawan selepas pasukannya tewas 102-110: "Saya akan mengambil saranan peribadi dan tidak akan merungut mengenainya.
"Jika mereka mahu memberikan kami faul atau memutuskan untuk tiada faul, kami perlu memastikan mereka meraihnya dan menjadi amat fizikal."
Satu kenyataan yang dikeluarkan liga itu dalam laman Twitter, NBA Communication, semalam mengesahkan Embiid didenda kerana komennya.
"Pemain tengah Philadelphia 76ers, Joel Embiid, telah didenda $15,000 kerana kritikan terbuka terhadap pegawai, ia diumumkan Byron Spruell, Presiden, Operasi Liga.
"Embiid melakukan perkara itu kepada media selepas kekalahan 102-110 di tangan Toronto Raptors dalam Game 4 siri playoff pusingan pertama pada 23 April di Scotiabank Arena," kata kenyataan itu.
Calom MVP itu mengalami koyak ligamen ibu jari tetapi jurulatih Sixers, Doc Rivers, menegaskan bahawa ia tidak akan menjejaskan penampilannya dalam playoff.

NBA: Toronto Raptors pecat Nick Nurse
Nick Nurse dipecat daripada jawatan ketua jurulatih Toronto Raptors, empat tahun selepas membawa francais itu memenangi Kejohanan NBA buat kali pertama.

NBA: Bintang 76ers, Embiid, didenda kerana mengkritik pegawai perlawanan
Joel Embiid didenda sebanyak $15,000 (RM65,362.50) kerana mengkritik pegawai perlawanan ketika Philadelphia 76ers tewas kepada Toronto Raptors dalam playoff NBA hujung minggu lalu.

NBA: Gobert sekali lagi positif COVID-19
Pemain tengah Utah Jazz, Rudy Gobert, sekali lagi diuji positif COVID-19 selepas mengalami perkara sama pada Mac tahun lalu sehingga saingan NBA terpaksa dihentikan selama empat bulan.

NBA: Curry rekod 57 mata bertemu Mavericks
Stephen Curry menyertai Wilt Chamberlain sebagai satu-satunya pemain Golden State Warriors untuk merekodkan 55 mata lebih daripada sekali dalam satu musim , namun pasukannya tewas kepada Luka Doncic dan Dallas Mavericks 134-32 dalam saingan NBA hari ini.

NBA: Celtics raih kelebihan pertama
The Boston Celtics meraih kemenangan pertama ke atas juara bertahan, Toronto Raptors, dalam pertemuan play-off separuh akhir Kejohanan NBA Persidangan Timur, sebentar tadi.

Celtics dominasi Raptors -- Nets, Magic tempah pusingan play-off
Boston Celtics menumpaskan Toronto Raptors dalam perlawanan NBA pagi tadi sementara dua tempat play-off terakhir Persidangan Timur sudah terjamin.

Matt Fitzpatrick one off pace in Canadian Open ahead of title defence
England’s Aaron Rai shares the first-round lead in final event before US Open.

Northern Ireland’s young squad have everything to play for – Michael O’Neill
The absence of senior players such as Steven Davis, Stuart Dallas, Corry Evans and Conor Washington has left an unfamiliar group.

French Open day 12: Karolina Muchova reaches first grand slam final after upset
The story of the 12th day of action from Roland Garros.

West Ham fans line streets to toast Europa Conference League champions
The Hammers beat Fiorentina 2-1 in Wednesday night’s final in Prague.

Jonny Evans back in Northern Ireland squad for Euro 2024 qualifiers
Evans missed March’s games due to injury.

Muchova stuns Sabalenka to set up final showdown with Swiatek
Muchova became the latest unseeded women’s slam finalist while Swiatek fought off a challenge from Beatriz Haddad Maia.

D.C. United head coach Rooney says addition of Messi is 'going to be great' for MLS
D.C. United head coach Wayne Rooney believes Lionel Messi joining Inter Miami is a huge coup for MLS.

Steve Smith looking forward to seeing how England fare against Australia attack
All five of Australia’s bowlers claimed a wicket as India were reduced to 151 for five in the World Test Championship final – still 318 runs behind.

Top seed Dan Evans suffers shock second-round exit at Surbiton
Evans lost to Canadian Gabriel Diallo but four British women are through to the quarter-finals.

Matt Fitzpatrick one off lead at Canadian Open as compatriot Aaron Rai sets pace
Rai was one of three players on five under par midway through the opening round.