Shaiful Shamsudin
Mon Aug 31 2020
The Boston Celtics meraih kemenangan pertama ke atas juara bertahan, Toronto Raptors, dalam pertemuan play-off separuh akhir Kejohanan NBA Persidangan Timur, sebentar tadi.
Boston nyata terlalu ampuh buat Toronto apabila menang 112-94 di Walt Disney World Resort.
Jayson Tatum dan Marcus Smart masing-masing menyumbang 21 mata sementara Kemba Walker menambah 18 mata dan 10 rebound lagi buat Celtics, yang mudah menjinakkan Philadelphia 76ers tetapi gagal mengulangi prestasi sama ketika berdepan Raptors.
Pada hari yang sukar buat mereka itu, Kyle Lowry mengetuai pungutan mata pasukan dengan koleksi 17 mata di Orlando, Florida, manakala pertemuan kedua mereka daripada tujuh perlawanan akan berlangsung esok.
Sementara itu, Los Angeles Clippers menempah tempat ke separuh akhir Persidangan Barat selepas mengungguli Dallas Mavericks 111-97.
33 mata yang disumbangkan Kawhi Leonard selain 14 rebound, tujuh bantuan jaringan dan lima kali mematahkan serangan lawan memastikan kemenangan 4-2 buat Clippers.
Leonard muncul pemain pertama dalam sejarah kelab itu yang merakamkan sekurang-kurangnya 30 mata dan lima rampasan bola dalam sebuah perlawanan di peringkat itu.
Sementara itu, Luka Doncic belum dapat menyelamatkan Mavericks daripada tersingkir biarpun menghadiahkan 38 mata, sembilan rebound dan sembilan bantuan jaringan.
Sehubungan itu, The Clippers akan berhadapan Denver Nuggets atau Utah Jazz dalam penentuan kejuaraan Persidangan Barat.
NBA: Toronto Raptors pecat Nick Nurse
Nick Nurse dipecat daripada jawatan ketua jurulatih Toronto Raptors, empat tahun selepas membawa francais itu memenangi Kejohanan NBA buat kali pertama.
NBA: Bintang 76ers, Embiid, didenda kerana mengkritik pegawai perlawanan
Joel Embiid didenda sebanyak $15,000 (RM65,362.50) kerana mengkritik pegawai perlawanan ketika Philadelphia 76ers tewas kepada Toronto Raptors dalam playoff NBA hujung minggu lalu.
NBA: Gobert sekali lagi positif COVID-19
Pemain tengah Utah Jazz, Rudy Gobert, sekali lagi diuji positif COVID-19 selepas mengalami perkara sama pada Mac tahun lalu sehingga saingan NBA terpaksa dihentikan selama empat bulan.
NBA: Curry rekod 57 mata bertemu Mavericks
Stephen Curry menyertai Wilt Chamberlain sebagai satu-satunya pemain Golden State Warriors untuk merekodkan 55 mata lebih daripada sekali dalam satu musim , namun pasukannya tewas kepada Luka Doncic dan Dallas Mavericks 134-32 dalam saingan NBA hari ini.
NBA: Celtics raih kelebihan pertama
The Boston Celtics meraih kemenangan pertama ke atas juara bertahan, Toronto Raptors, dalam pertemuan play-off separuh akhir Kejohanan NBA Persidangan Timur, sebentar tadi.
Celtics dominasi Raptors -- Nets, Magic tempah pusingan play-off
Boston Celtics menumpaskan Toronto Raptors dalam perlawanan NBA pagi tadi sementara dua tempat play-off terakhir Persidangan Timur sudah terjamin.
Australian Open: Fonseca believes 'sky is the limit' after exit
Fonseca: 'Sky is the limit'
Al-Hilal equal own Saudi Pro League record with 9-0 win
Al-Hilal hit nine in crushing win
Australian Open: Tien inspired by Fonseca and Mensik before Medvedev classic
Tien inspired by Fonseca and Mensik
Postecoglou says there is 'no magic cure' for Tottenham ahead of Everton trip
Preview: Everton v Tottenham
Australian Open: Tien stuns Medvedev in marathon Melbourne clash
Learner stuns Medvedev in Melbourne
Borthwick eyeing England clean sweep at Six Nations
Borthwick eyeing Six Nations sweep
Van Nistelrooy hoping to turn performances into points at Leicester
Van Nistelrooy: Foxes must improve
Maguire is 'a leader again' for Man Utd, says Amorim
Amorim: Maguire is a leader again
Rice and Arteta hail 'unbelievable' Lewis-Skelly after derby day debut
Rice and Arteta praise Lewis-Skelly
'Average' Warriors must improve without being reckless, fumes Curry
Curry wants Warriors to improve