Juara dunia boling tenpin 2023, Natasha Roslan, mengimbau memori indah ketika berpuasa dan menyambut Syawal di perantauan, berkorban demi membawa nama negara di pentas dunia.
Beliau berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri itu diraikan di Amerika Syarikat (AS) kerana menyertai Kejohanan Boling Profesional Wanita beberapa tahun sebelum dunia dilanda pandemik Covid-19.
Tambahnya, kerinduan buat keluarga tersayang terubat apabila sambutan perayaan itu diraikan bersama rakan sepasukan dalam suasana sederhana, namun tetap meriah.
“Alhamdulillah, tahun ini dapat berpuasa dan menyambut Syawal bersama keluarga di Malaysia. Sebelum Covid-19, banyak berpuasa dan menyambut lebaran di luar negara, iaitu AS kerana ada kejohanan di sana.
“Ada seronok dan pahit, sebab tidak dapat bersama keluarga. Apapun ia satu kenangan yang baik sebab saya dan rakan sepasukan dapat mencipta memori yang kita tidak dapat lupakan.
“Walaupun jauh (dari keluarga), namun dapat masak dan makan bersama (rakan sepasukan). Ada satu tahun, dapat juga curi-curi main bunga api walaupun kerajaan AS tak beri,” katanya.
Natasha, pada Oktober tahun lalu, muncul juara Kejohanan Boling Dunia di Salmiya, Kuwait setelah menewaskan rakan sepasukan Sin Li Jane 2-1.
Menyentuh mungkin ada perbezaan sambutan Syawal sebagai juara dunia, atlet berasal dari Kuala Lumpur itu mahu menjadikan kejayaan tersebut sebagai penyuntik semangat untuk beraksi dengan lebih baik dan konsisten dengan persembahan terbaik.
"Tiada beza cuma ia satu kemenangan yang bagus untuk saya dan ambil kejayaan itu sebagai satu semangat untuk kekalkan kejuaraan.
“Ada orang cakap sebagai juara dunia akan jadi tumpuan dan sasaran lawan, namun saya rasa itu satu semangat untuk saya terus banggakan nama Malaysia di pentas dunia,” katanya.
Mengulas mengenai kejohanan yang bakal disertai pada tahun ini, Natasha dan rakan sepasukan mahu memberi fokus kepada Kejohanan Boling Asia di Bangkok, Thailand pada September depan.
“Saya serta rakan-rakan giat berlatih dan pertandingan selepas Syawal ini di Singapura iaitu Kejohanan Klasik Antarabangsa bermula 18 April ini,” katanya.
Bercerita mengenai hobi, Natasha berkongsi minatnya membuat biskut cip coklat bermula ketika Covid-19 beberapa tahun lalu dan pernah mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna sehingga jualan mencecah 800 botol.
Tambahnya, beliau perlu bijak membahagikan masa antara minatnya itu dan sesi latihan yang perlu diikuti bagi memastikan prestasi berada pada tahap terbaik.
“Pada 2021 mula buat (biskut) dan kemudian berhenti sekejap, tapi buat semula beberapa bulan lalu.
“Pagi akan jalani latihan di gimnasium, manakala pada sebelah malam sehingga kira-kira pukul 1 pagi akan buat biskut. Rasa penat, namun saya anggap ia sebagai terapi yang baik,” katanya.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Fri Apr 12 2024
Muncul wanita pertama negara rangkul gelaran Piala Dunia sangat bermakna -- Natasha Roslan
Bintang boling negara, Natasha Roslan tidak sangka muncul atlet wanita negara pertama dinobatkan selaku juara dunia, sekali gus menamatkan kemarau 53 tahun Malaysia tanpa kejuaraan bagi kategori individu wanita.
Piala Dunia Tenpin Boling: Rafiq Ismail raih perak
Atlet tenpin boling negara, Rafiq Ismail, menamatkan cabaran Kejohanan Tenpin Boling Piala Dunia dengan meraih pingat perak dalam saingan yang berlangsung di Hong Kong, hari ini.
Boling All Star Remaja Antarabangsa: Adelia Nur tenang turun pertahan gelaran
Kejohanan Boling All Star Remaja Antarabangsa Edisi Ke-24 itu tampil dengan prestij tertinggi apabila barisan juara Kejohanan Boling Tenpin Remaja Dunia IBF di Korea Selatan baru-baru ini akan turun ke gelanggang.
Tenpin Boling Asia: Sin Li Jane sumbang emas keenam
Sin Li Jane mengesahkan pingat emas keenam negara untuk bergelar juara keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Momen Syawal Natasha
Juara dunia boling tenpin 2023, Natasha Roslan, mengimbau memori indah ketika berpuasa dan menyambut Syawal di perantauan, berkorban demi membawa nama negara di pentas dunia.
Car Lalak: Natasha Roslan malu-malu kucing Siam
Car Lalak merupakan program khas baharu yang disiarkan secara eksklusif di platform Youtube Astro Arena pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Perak Kejohanan Remaja Dunia tidak cukup, Idham muncul Juara MPK U25 Mixed Triples Open
Idham Amin yang turun bergandingan bersama Nurshafila Omar dan Amirul Danial Abdul Rahim, berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Mixed Triples Open Bawah 25 Tahun anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Kompleks Boling Padang, Bukit Kiara.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Malaysia muncul juara dunia
Detik bersejarah tercipta di kelab Broadbeach Bulls, Gold Coast, Australia susulan kejayaan atlet negara Nur Ain Nabilah Tarmizi, serta pasangannya, Aleena Nawawi yang berjaya muncul juara dalam saingan Kejohanan Dunia Boling Padang sebentar tadi.
Rafiq congak kejayaan dunia
Setelah membantu skuad boling menamatkan kemarau 15 tahun pingat emas acara lelaki lima berpasukan di peringkat Asia, jaguh negara, Muhammad Rafiq Ismail, mula mencongak kejayaan lebih besar di peringkat dunia.
Kejohanan Boling Asia: Rafiq Ismail ungguli Masters lelaki
Jaguh boling tenpin negara, Rafiq Ismail, membuktikan bahawa dia masih pemain terbaik di rantau ini selepas mengungguli acara Masters lelaki Kejohanan Boling Asia di Hong Kong hari ini.
'He's built for those moments' - Jenkins salutes Memphis matchwinner Morant
Morant 'built for those moments'
Australian Open: Sabalenka feels she has matured in three-peat quest
Sabalenka feels she has matured
Australian Open: Zverev soars into second round in Melbourne
Zverev through to Aus Open R2
Murray: Coaching Djokovic 'more demanding than I expected'
Murray: Coaching Novak 'demanding'
Pistons hail 'tremendous' Cunningham after another triple-double
Pistons heap praise on Cunningham
Australian Open: Nishikori wants fewer five-set battles despite stunning win
Nishikori wants fewer five-setters
Australian Open: Sabalenka enjoys Melbourne homecoming
Sabalenka dispatches Stephens
Yamal backed for Ballon d'Or glory by Lewandowski
Yamal backed to win Ballon d'Or
Australian Open: Nishikori completes stunning comeback
Nishikori stuns in comeback win
Bin Shen will leave Malaysia with fond memories
Tan Bin Shen insist he will leave the national team with only good memories despite being denied the ideal farewell following the exits of the men’s doubles pairings at the Malaysia Open.