MILO meneruskan peranannya sebagai Penaja Platinum untuk SUKMA XXI Sarawak 2024, sokongan MILO® terhadap Para SUKMA XXI Sarawak 2024 kekal membuktikan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memastikan sukan dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia.
Sebagai Penaja Platinum, MILO® menunjukkan dedikasi lamanya dalam memperkasakan atlet dari pelbagai keupayaan di temasya sukan yang telah berlangsung di Sarawak dari 22 September hingga 28 September 2024.
“Selama lebih 70 tahun, MILO® telah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan sukan Malaysia. Kami komited untuk memastikan sukan adalah inklusif untuk semua orang, dan sokongan kami terhadap Para SUKMA XXI mencerminkan misi ini.
Falsafah kami, “Sukan adalah guru terbaik”, mendorong kami untuk mencipta peluang bagi rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan kebolehan untuk mengambil bahagian dalam sukan, sekali gus memastikan tiada siapa yang ketinggalan,” kata Ketua Pemasaran Sukan MILO® , Lim Kerwin.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah menambah, “Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama rapat sekali lagi dengan MILO®, bukan hanya untuk Para SUKMA XXI yang berprestij, tetapi juga dalam usaha berterusan mereka memperjuangkan inklusiviti sukan bagi semua rakyat Malaysia.
Dedikasi mereka bukan sahaja menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dalam sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk mereka yang mempunyai kekurangan fizikal, tetapi juga membuka jalan bagi pembangunan suasana sukan yang lebih inklusif untuk komuniti ini.”
Legasi Inklusiviti Sukan
Selama beberapa dekad, MILO® telah memperjuangkan budaya sukan di Malaysia dengan keyakinan bahawa sukan menginspirasikan gaya hidup aktif dan menanamkan nilai-nilai seperti kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan dalam kalangan generasi muda.
Jenama ini berdedikasi untuk memastikan bahawa sukan boleh diakses oleh semua, tanpa mengira keupayaan fizikal, latar belakang, atau tahap pengalaman, sambil menjelmakan semangat inklusiviti dan peluang yang sama rata.
Komitmen ini terserlah dalam sokongan jangka panjang MILO® terhadap Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), seperti yang dibuktikan melalui sumbangan lebih RM500,000 bagi menghargai wira-wira sukan negara baru-baru ini.
Ini termasuklah pemberian insentif berjumlah RM10,000 kepada setiap 26 atlet Olimpik dan 30 atlet Paralimpik yang bertanding di Paris, sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan prestasi mereka yang amat menginspirasikan.
Komitmen MILO® terhadap inklusiviti sukan bermula di peringkat akar umbi. Melalui kerjasama jangka panjangnya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), MILO® menyokong program Pendidikan Khas MSSM bagi memastikan kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai akses kepada sukan sejak usia muda.
Program ini membimbing atlet muda berkeperluan khas dan memupuk minat mereka terhadap sukan, di samping menyediakan peluang untuk membangunkan kemahiran mereka dan mengejar impian mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Juara lompat jauh Paralimpik, pemecah rekod, dan pemenang pingat emas, Datuk Abdul Latif Romly, yang merupakan penerima Anugerah Pendidikan Khas Putera MSSM-KPM-MILO®, adalah contoh terbaik kejayaan program ini.
Meluaskan Inklusiviti kepada Komuniti yang Kurang Diwakili
Komitmen MILO® terhadap inklusiviti juga merangkumi komuniti yang kurang diwakili untuk meningkatkan penyertaan dalam sukan. Melalui Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA), MILO® menyediakan peluang kepada kanak-kanak Orang Asli dari Sabah dan Sarawak untuk turut serta dalam sukan.
Selain itu, kejohanan COPA FUTSAL MILO® mempromosikan inklusiviti sukan untuk wanita dan kanak-kanak perempuan dari pelbagai tahap kemahiran, menyediakan platform terbuka untuk mereka bersaing dan mempertingkatkan kemahiran dalam suasana yang sentiasa menyokong.
Komitmen ini juga melangkaui acara sukan kompetitif. Sejak sedekad yang lalu, MILO® dengan bangganya menyokong acara tahunan IMC Training Centre Malaysia, Karnival Let’s Play Sukaneka, di mana individu dan kanak-kanak berkeperluan khas dari seluruh negara mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang menyeronokkan dan inklusif.
Selain menyokong acara sukan dan menganjurkan pelbagai inisiatif sukan, MILO® juga menumpukan sumber dayanya untuk menghasilkan produk yang lebih berkhasiat dan lazat, sambil mematuhi kriteria nutrien yang ketat, termasuk pengurangan gula, natrium dan lemak serta peningkatan kandungan serat. MILO® yang dianugerahkan Pilihan Lebih Sihat (HCL) kekal sebagai minuman ikonik dan berkhasiat yang disukai oleh generasi ke generasi.
Stadium Astro
Thu Oct 03 2024
Olimpik LA: Shereen gigih kuasai acara 100m
Tahun 2025 bakal jadi detik permulaan revolusi karier pemegang rekod kebangsaan 400 meter, Shereen Samson Vallabouy, dalam misi merealisasikan impian tertangguh peribadinya layak ke pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Best of 2024: Soon Kit pilih momen badminton menang gangsa Sukan Olimpik Paris
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 1996, Datuk Cheah Soon Kit, menganggap kejayaan Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Paris sebagai detik terbaik tahun ini
Tambahan dana perkasa bakat Sukan Olimpik, KBS Masters Games perluas skop umur
Berikutan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyuntik dana tambahan kepada beberapa jenis sukan seperti memanah, angkat berat, menembak, taekwando dan lain-lain yang bakal menyusul ini adalah reaksi terbaru dari Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Pascanilai Paris 2024: Tiga sukan sandaran mohon maaf gagal butir pingat emas
Tiga sukan yang disandarkan harapan membawa emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 mohon maaf.
Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Ratu trek yang juga olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.
Hari ini dalam sejarah: Betty Cuthbert muncul ratu trek pertama Sukan Olimpik
Hari ini, pada 1964, Betty Cuthbert, mencipta sejarah sebagai wanita pertama memenangi acara 400m dalam Sukan Olimpik Tokyo.
MILO dukung inklusiviti sukan di setiap peringkat
MILO meneruskan peranannya sebagai Penaja Platinum untuk SUKMA XXI Sarawak 2024, sokongan MILO® terhadap Para SUKMA XXI Sarawak 2024 kekal membuktikan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memastikan sukan dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia.
Olimpian, Paralimpian negara terima imbuhan RM10,000
Seramai 56 atlet yang beraksi di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 diraikan dalam satu majlis penyerahan penajaan hadiah insentif, hari ini.
Wira rejam lembing Olimpik Pakistan ada pesanan buat Malaysia!
Ini kisah 'Satu Malam di Paris' yang akan dikenang sampai akhir hayat. Penulis terkesima sebaik melangkah masuk hotel terkemuka dunia berstatus lima bintang -- yang pernah didiami Prince Roland Bonaparte -- apabila lagu malar segar, Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman, Kau Ilhamku berkumandang sambil berlatar belakang Menara Eiffel.
Hannah azam perkasakan lagi skuasy wanita Malaysia
Ancaman China dalam skuasy perlu diberi perhatian, demikian penegasan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, setelah menyedari ramai bekas pemain Malaysia yang kini bertindak sebagai jurulatih untuk negara Tembok Besar itu.
Luis Enrique credits PSG for keeping errors to a minimum in win over Lyon
PSG kept mistakes to a minimum
Fonseca rues Milan's decision-making and profligacy after Genoa stalemate
Fonseca rues Milan profligacy
Doncic's triple-double sparks Mavs in win over Warriors
Doncic leads Mavs over Warriors
Zheng Si Wei: Tang Jie-Ee Wei have the ability to beat anyone
Newly crowned World Tour Finals (WTF) champions Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong laid praise on Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, saying the Malaysians have the ability to beat anyone after narrowly edging them on Sunday.
Maresca urges realism amid Chelsea excitement
Maresca shuts down title talk
Rodgers: Celtic showed 'big heart' to clinch Scottish League Cup
Rodgers: Celtic showed 'big heart'
Amorim on dropping Rashford: 'We have to set standards really high'
Amorim on dropping Rashford
Southampton sack Martin after Tottenham humbling
Martin sacked by Southampton
Barcelona 0-1 Leganes: Early Gonzalez goal stuns LaLiga leaders
Report: Barcelona 0-1 Leganes
Postecoglou thrilled with first-half blitz as Spurs get back to form
Postecoglou on Southampton win