Karl Nunis
Wed Sep 25 2024
Ini kisah 'Satu Malam di Paris' yang akan dikenang sampai akhir hayat. Penulis terkesima sebaik melangkah masuk hotel terkemuka dunia berstatus lima bintang -- yang pernah didiami Prince Roland Bonaparte -- apabila lagu malar segar, Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman, Kau Ilhamku berkumandang sambil berlatar belakang Menara Eiffel.
'Sedetik wajahmu muncul dalam diam, Ada kerdipan, ada sinar, Itukah bintang ataupun rembulan, T'rima kasih kuucapkan.' Secara peribadi tidak pernah terlintas di fikiran penulis untuk jadi saksi lagu Kau Ilhamku berkumandang di bumi Paris.
Penulis tiba di hotel terkemuka tersebut selepas menerima jemputan pada saat akhir ketika membuat liputan Sukan Paralimpik 2024 -- sesi tukar pin di Perkampungan Atlet (bersama Salman Iqbal Butt) -- penulis tidak mengenali figura hebat ini pada ketika itu -- jadi asbab menerima jemputan eksklusif itu.
Siapakah Salman ? Pemilik wajah bengis ini merupakan jurulatih kepada Arshad Nadeem -- atlet Pakistan yang meraih pingat emas Olimpik Paris acara rejam lembing -- rekod baru temasya, 92.97 meter -- untuk diangkat sebagai penyumbang emas pertama oalhraga Pakistan.
Sebaik mengetahui hubungan Salman dan Arshad, penulis menzahirkan permintaan untuk bersua muka bersama jaguh dunia itu. Topik perbualan penulis bersama Arshad sudah pasti mengenai kilauan emas kontinjen negara yang masih belum menampakkan sinarnya.
Meskipun perbualan kami hanya berlangsung 15 minit, namun pengisiannya berjaya mengubah pemikiran skeptikal penulis terhadap buruan pingat emas Olimpik negara. Berikut merupakan saranan Arshad yang wajar dijadikan modul Misi Emas Olimpik Los Angeles 2028;
1) ATLET PROFESIONAL
- Atlet elit pada era moden bukan hanya tertumpu kepada prestasi semata-mata, malah harus bijak meningkatkan nilai komersial.
- Atlet harus menguasai teknik 'menjual' kejayaan diri demi menarik penajaan khususnya syarikat korporat untuk meningkatkan pendapatan, menampung perbelanjaan menjalani latihan di persekitaran terbaik dunia.
- Akaun media sosial peribadi boleh dijadikan medium utama melonjakkan nama untuk sentiasa kekal relevan.
2) TEKANAN, KAWAN ATAU LAWAN ?
- Aspek paling kritikal, kawalan tekanan setiap atlet ketika di temasya utama jadi penentu kejayaan atau sebaliknya.
- Mahir ketika berinteraksi bersama media massa (cetak/elektronik) & elak letak sasaran terlalu tinggi untuk dicapai.
3) SEMANGAT PATRIOTIK & JANGAN MENGELUH !
- Nilai yang harus sebati dalam jati diri setiap atlet sambil menekankan toleransi sifar terhadap sebarang perasaan untuk menyalahkan keadaan.
- Bertanggungjawab & jujur pada setiap kemenangan serta kekalahan, kerana ianya mencerminkan perwatakan anda selaku seorang atlet.
Sejujurnya, perkongsian Arshad ini meluaskan peranan dan tanggungjawab atlet yang menggalas imej dan reputasi negara di pentas antarabangsa.
Justeru, diharapkan segala inisiatif kerajaan untuk menyediakan program sukan terbaik menuju kitaran Olimpik harus digunakan sebaiknya atlet elit negara.
Olimpik LA: Shereen gigih kuasai acara 100m
Tahun 2025 bakal jadi detik permulaan revolusi karier pemegang rekod kebangsaan 400 meter, Shereen Samson Vallabouy, dalam misi merealisasikan impian tertangguh peribadinya layak ke pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Towerthon Menara KL: Juara dunia dua kali halangan terbesar Soh Wai Ching
Kurang 24 jam Kejohanan Towerthon Menara Kuala Lumpur 2024, dengan bekas pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching, bakal berdepan jaguh antara juara-juara.
Kejohanan Olaharaga B-18 SEA: Dua wakil Thailand ungguli acara 100 meter
Atlet remaja lelaki Thailand, Chutithat Pruksorranan, muncul juara acara 100 meter selepas merekodkan 10.67 saat dalam perlumbaan terakhir Kejohanan Olahraga B-18 2024 di Stadium Likas, Sabah.
Datuk Shapawi calon layak isi presiden baru MPM -- R. Jeganathan
Bekas ketua jurulatih olahraga para negara, R. Jeganathan, meminta pucuk pimpinan tertinggi Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk undur diri secara terhormat serta berasakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ahmad adalah individu yang layak untuk mengisi tempat itu.
KBS Masters Games 2024: Usia 71 tahun tak halang Tan Teck See raih emas 200m
Pemenang emas 200m, Tan Teck See, menjelaskan dirinya bukan sebarang "teksi" kerana kelibat dia menggamatkan suasana Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kategori usia 70 hingga 79 tahun Kejohanan KSB Masters Games 2024.
Larian Rimba Kita: Astro sematkan kesedaran perubahan iklim
Astro Malaysia Holdings Berhad melalui inisitaif Astro Kasih ESG teruja dengan kejayaan Larian Rimba Kita yang memasuki edisi kedua yang berlangsung di Taman Wetlands Putrajaya, hari ini.
Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024: Usia bukan penghalang Zaidatul, Jonathan menyerlah
Olahragawati Super Series 2024, Zaidatul Husniah, berkongsikan rencah dirinya dinobatkan selaku olahragawati yang memerlukan disiplin selain menjalani latihan secara konsisten sebelum kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan dalam Kejohanan Cahya Mata Sarawak Super Series di Perlis.
Penajaan produk sukan beri Fiross Faizal 'tonik tambahan' menyinar musim depan
Atlet 110 meter lari berpagar negara, Muhammad Fiross Mohd Faizal, mengakui terharu apabila ada pihak sudi menaja kelengkapan sukan buatnya bagi harungi kejohanan utama bermula tahun hadapan.
Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024: Fakrul Afizul, 'sebelah kaki' ke Program Podium
Sensasi pelari jarak sederhana negara, Fakrul Afizul, sepanjang musim 2024 berjaya membuka lembaran baru dalam kariernya apabila 'sebelah kaki' untuk berada dalam Program Podium.
Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024: Koyak abdomen perut, Khairul Hafiz Jantan hampir bersara
Bekas raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan, meraikan kemunculan semula dirinya di trek balapan dengan meraih pingat perak acara 100m dalam siri akhir Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024, minggu lalu.
Maguire holding 'positive' contract extension talks with Man Utd
Maguire: Contract talks 'positive'
Sahin frustrated by Dortmund's 'weakest performance of season' in Hoffenheim stalemate
Sahin rues 'weak performance'
Australia maintain control against India on rain-delayed third day
Australia in control against India
West Indies batters 'let down the team', claims Powell
Windies let down by batters
James provides clarity over absence after winning return to Lakers action
LeBron explains absence
Stokes limps off as Williamson leads New Zealand to brink of victory
Stokes limps off in third Test
Pedri struggling to find an explanation for Barca's drop in form
Pedri baffled by loss of form
Luis Enrique credits PSG for keeping errors to a minimum in win over Lyon
PSG kept mistakes to a minimum
Fonseca rues Milan's decision-making and profligacy after Genoa stalemate
Fonseca rues Milan profligacy
Doncic's triple-double sparks Mavs in win over Warriors
Doncic leads Mavs over Warriors