Tahun 2025 bakal menjadi detik permulaan revolusi karier pemegang rekod kebangsaan 400 meter, Shereen Samson Vallabouy, dalam misi merealisasikan impian tertangguh peribadinya layak ke pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Salah satu transformasi Shereen untuk menjadi pelari lebih serba boleh dan lengkap adalah menerusi penglibatan dalam acara pecut 100m.
Salah satu faktor utama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memilih Azeem Fahmi untuk mengisi slot universal ke temasya Paris 2024 adalah kerana peluang itu hanya ditawarkan kepada atlet acara 100m dan 800m.
Andai Shereen berada dalam situasi sama seperti episod menuju Paris yang lalu, maka dia optimis untuk meyakinkan KOM memilihnya ke LA atas faktor kebolehannya beraksi dalam acara tersebut.
Enam bulan selepas impian Shereen untuk ke Olimpik Paris tidak menjadi kenyataan, pelari berusia 26 tahun itu membuka cerita melalui detik sukar tersebut bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
"Ketika calon ke Paris belum dimuktamadkan, saya menaruh harapan dan terus gigih berlatih kerana beranggapan akan terpilih.
"Saya gembira bagi pihak Azeem tetapi dalam masa sama sedih tidak terpilih. Ia hari yang sukar buat saya. Ibu bapa dan jurulatih banyak memberi dorongan.
"Acara kegemaran saya adalah 400m tetapi saya perlu ada pelan B dan bersedia dalam acara 100m. Saya percaya mempunyai kepantasan. Saya akan lebih kerap menyertai acara 100M sebagai pelan tambahan.
"Kejadian tidak terpilih menguatkan lagi semangat saya untuk lebih bersedia," katanya.
Shaiful Shamsudin
Wed Dec 11 2024
Jaguh lompat kijang mahu buka lembaran baru
"2025, Andre akan kembali!"
Khairul Hafiz bakal bersara?
Kem olahraga negara terus jadi tumpuan, kali ini terarah kepada raja pecut Asia Tenggara 2017, Khairul Hafiz Jantan -- yang tidak menolak kemungkinan, kariernya semakin menghampiri titik noktah.
TERKINI: KOM sahkan World Athletics iktiraf rekod 100m milik Zaidatul Husniah
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini mengesahkan rekod 100m dengan catatan masa 11.49s yang dicipta ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, diiktiraf oleh Olahraga Dunia (WA).
Kontroversi rekod 100m Zaidatul Husniah berterusan, masih belum diiktiraf WA
Tempoh jaminan 48 jam yang disuarakan Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, untuk menyelesaikan kemelut rekod kebangsaaan acara 100 meter yang dipecahkan oleh ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, pada Oktober lalu telah berakhir.
Jonah Chang buka lembaran baharu dengan azam pecahkan rekod baru
Pemegang rekod lontar peluru negara, Jonah Chang Anak Rigan, memulakan lembaran tahun 2025 dengan azam untuk mencipta sejarah baharu dalam kariernya di bumi Korea Selatan, negara di mana dia memecahkan rekod 12 tahun pada kejohanan Asian Throwing Championship 2023.
Ia amat mengguris hati saya -- Zaidatul Husniah terkilan rekod kebangsaan tidak diiktiraf
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, sekali lagi melalui pengembaraan emosi penuh berliku apabila rekod 100 meter kebangsaan yang dilakarnya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra pada Oktober lalu diklasifikasikan sebagai 'tidak sah' oleh Olahraga Dunia (WA).
Ratu pecut negara mahu bersara andai rekod kebangsaannya tidak diiktiraf WA
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak menolak kemungkinan untuk bersara seandainya rekod kebangsaaan acara 100m yang dipecahkannya pada Oktober lalu tidak diiktiraf Olahraga Dunia (WA).
Debaran 48 jam Zaidatul Husniah
Hanya esok mampu meleraikan debaran Zaidatul Husniah Zulkifli yang berputih masa berikutan rekod baru 100 meter yang diciptanya Oktober tahun lalu tidak mendapat pengiktirafan daripada Olahraga Dunia (WA).
KOM beri jaminan isu rekod 100m Zaidatul Husniah bakal diselesaikan segera
Pengarah Teknikal Kejurulatihan KOM, Robert Ballard, memberikan jaminan isu teknikal yang melibatkan rekod kebangsaan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah, bakal diselesaikan dalam tempoh terdekat. Dia menjelaskan masalah pendokumentasian daripada pihak KOM sendiri untuk dihantar ke World Athletics menjadi antara faktor rekod Zaidatul dilabelkan t
World Athletics tidak iktiraf rekod 100m Zaidatul Husniah?
Rekod emas yang dilakar ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak diiktiraf oleh World Athletic dengan larian terbarunya menerusi catatan masa 11.49s dilabelkan sebagai tidak sah.
Taylor warns Littler against 'Man Utd syndrome' in pursuit of World Championship record
Taylor warns of 'Man Utd syndrome'
Perez will consider F1 return for 'interesting project'
Perez may return to F1 after break
Nortje ruled out of ICC Champions Trophy with back injury
Nortje to miss ICC Champions Trophy
Chelsea hope James can stay fit after 'lonely' injury nightmare
Chelsea set James fitness target
Sheehan and Furlong returns will 'massively increase competitiveness' in Ireland's Six Nations squad
Furlong returns to Ireland 6N squad
Australian Open: Fonseca 'has got the goods', says Djokovic
Djokovic: Fonseca can be a star
Amorim: Man Utd will learn more from Southampton than Liverpool or Arsenal
Amorim: Utd cannot counter forever
Australian Open: Gauff 'carries the weight of a champion', says Burrage
Gauff 'carries weight of champion'
Ancelotti's Supercopa frustrations linger ahead of Copa del Rey clash
Ancelotti's frustration lingers
Fernandes lauds Zirkzee's redemption arc following FA Cup heroics
Preview: Man Utd v Southampton