Kedah Darul Aman berhasrat mempelawa mana-mana syarikat atau individu yang berminat untuk membeli keseluruhan saham pasukan berserta tanggungan segala kepentingan kelab tersebut.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pemilik majoriti Sang Kenari, Tan Sri Mohd Daud Bakar, mengalu-alukan tawaran tersebut untuk dipertimbangkan bagi meneruskan kelansungan pasukan utara tanah air itu.

"Saya juga mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa sehingga kini Kedah belum lagi menerima mana-mana bantuan atau penajaan yang berimpak tinggi daripada mana-mana pihak dalam menyelesaikan kemelut serta krisis gaji yang tertunggak.




"Namun Alhamdulillah walaupun dalam serba kekurangan,pihak kelab masih mampu meneruskan operasi wajib pasukan seperti pengelolaan perlawanan di tempat sendiri mahupun tempat lawan walaupun dalam kos yang minima," katanya.