Penolong pengurus Putrajaya Antlers, Nik Khuzaimi Nudin, memaklumkan pihak pengurusan berpuas hati dengan prestasi ditampilkan kelab itu dalam kempen Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship yang turut menyaksikan mereka layak beraksi dalam Piala Malaysia 2024/2025.

Dia percaya penampilan sulung skuad kendalian Nazrulerwan Makmor itu dalam Piala Malaysia bukanlah sekadar sebagai pasukan pelengkap, sebaliknya bertekad memberikan saingan kepada kelab Liga Super.

Dia dalam perkembangan sama turut berharap penjenamaan semula kelab yang sebelum ini dikenali dengan PT Athletic kepada Putrajaya Antlers mampu menarik lebih banyak sokongan terutama daripada komuniti sekitar Putrajaya.

Untuk rekod, selain Putrajaya Antlers, dua lagi kelab A1 Semi-Pro yang layak ke Piala Malaysia musim ini ialah Kuala Lumpur Rovers serta Melaka.