LeBron James mengenali apa yang diperlukan Los Angeles Lakers bagi memastikan hantaran dilakukan kepada Anthony Davis berikutan kekalahan 115-107 kepada Portland Trail Blazers.

Davis kembali beraksi selepas terlepas perlawanan terdahulu ekoran kecederaan betis dan mengharungi aksi yang hambar, selepas sekadar meraih 13 mata.

Hanya dua terhasil daripada 17 minit pertama separuh masa pertama dan James berkata ia merupakan tugas pasukan untuk memastikan Davis terlibat dalam perlawanan.

"Kami sentiasa perlu mencari jalan untuk menghantar bola kepada Davis," katanya.

Ketua jurulatih, Frank Vogel, pula berkata, "Kami tidak melakukan tugas dengan cukup baik memastikan dia terlibat dalam serangan dalam separuh masa pertama.

"Ia bertambah baik selepas itu, namun kami kelihatan ketinggalan dalam perlawanan ini.

"Saya harus memastikan dia mendapatkan bola di mana membolehkan Davis melakukan serangan."