Pelumba berbasikal trek Jepun meluahkan rasa terkejut dengan sikap rakyat Malaysia apabila media sosialnya diserang netizen negara baru-baru ini.
"'Saya ingat orang Malaysia baik-baik'. Saya macam, malunya!"
Mesej tersebut dihantar Shinji Nakano kepada pelumba berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang berasa malu dengan insiden di media sosial itu.
Tindakan warganet Malaysia itu susulan insiden perlanggaran ketika aksi final acara keirin Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Sebahagian mereka mendakwa Nakano menjadi punca perlanggaran sehingga memusnahkan impian Shah Firdaus untuk menamatkan saingan di podium.
Shah Firdaus berkata dia dan Nakano bersahabat baik, selain mendedahkan permohonan maaf daripada akaun TikTok pelumba negara Matahari Terbit itu adalah palsu.
"Malam semalam (Isnin) Nakano mesej saya kata kena serang (di akaun media sosial). Saya pun tak tahu, apabila tengok, sudah berpuluh ribu komen.
"Apabila ke Jepun, dia layan saya dengan baik," katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Shah Firdaus menjelaskan insiden perlanggaran dalam acara keirin adalah biasa dan hubungan sesama pelumba adalah akrab.
"Saya harap netizen berhenti sebab ia menjejaskan kami. Perkara ini memang berlaku (perlanggaran), ada 'body contact' dan ia biasa dalam keirin.
"Sebenarnya dia tak berniat nak 'hentam' saya, itu sebab 'G-force'. Bila ada 'body contact', ia nampak seperti dia naik tetapi dalam keirin benda itu biasa, tinggal jatuh atau tidak sahaja," katanya.
Dalam aksi final keirin di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Shah Firdaus berpeluang untuk meraih gangsa ketika saingan menuju penamat.
Namun, berlaku perlanggaran dengan Nakano yang mengakibatkannya terjatuh dan menamatkan saingan di tempat keempat sebelum diturunkan ke tangga keenam.
Insiden tersebut mencetuskan marah warganet negara yang kemudian menyerang akaun media sosial Nakano.
Susulan serangan berkenaan, muncul satu hantaran permohonan maaf kepada Malaysia menerusi akaun TikTok yang kononnya milik pelumba Jepun itu.
"Itu bukan TikTok dia (Nakano), dia cakap perkara itu dengan saya. Kami jumpa selepas perlumbaan... (akaun) TikTok itu.
"Biasalah orang buat cerita. Saya dengan dia ok sahaja dan tak ada masalah.
"Keirin biasa, ada 'body contact', cuma mungkin daripada mata penonton macam dia sengaja. Tetapi memanglah, semua orang nak menang. Jadi tak ada dendam apa-apa.
"Saya terasa, dia ingat orang Malaysia baik-baik sebab saya baik dengan dia. Bila dia berasa begitu, saya rasa serba salah," ujarnya lagi.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Wed Aug 14 2024
Olimpik LA: Shereen gigih kuasai acara 100m
Tahun 2025 bakal jadi detik permulaan revolusi karier pemegang rekod kebangsaan 400 meter, Shereen Samson Vallabouy, dalam misi merealisasikan impian tertangguh peribadinya layak ke pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Best of 2024: Soon Kit pilih momen badminton menang gangsa Sukan Olimpik Paris
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 1996, Datuk Cheah Soon Kit, menganggap kejayaan Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Paris sebagai detik terbaik tahun ini
Tambahan dana perkasa bakat Sukan Olimpik, KBS Masters Games perluas skop umur
Berikutan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyuntik dana tambahan kepada beberapa jenis sukan seperti memanah, angkat berat, menembak, taekwando dan lain-lain yang bakal menyusul ini adalah reaksi terbaru dari Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Pascanilai Paris 2024: Tiga sukan sandaran mohon maaf gagal butir pingat emas
Tiga sukan yang disandarkan harapan membawa emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 mohon maaf.
Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Ratu trek yang juga olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.
Hari ini dalam sejarah: Betty Cuthbert muncul ratu trek pertama Sukan Olimpik
Hari ini, pada 1964, Betty Cuthbert, mencipta sejarah sebagai wanita pertama memenangi acara 400m dalam Sukan Olimpik Tokyo.
MILO dukung inklusiviti sukan di setiap peringkat
MILO meneruskan peranannya sebagai Penaja Platinum untuk SUKMA XXI Sarawak 2024, sokongan MILO® terhadap Para SUKMA XXI Sarawak 2024 kekal membuktikan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memastikan sukan dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia.
Olimpian, Paralimpian negara terima imbuhan RM10,000
Seramai 56 atlet yang beraksi di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 diraikan dalam satu majlis penyerahan penajaan hadiah insentif, hari ini.
Wira rejam lembing Olimpik Pakistan ada pesanan buat Malaysia!
Ini kisah 'Satu Malam di Paris' yang akan dikenang sampai akhir hayat. Penulis terkesima sebaik melangkah masuk hotel terkemuka dunia berstatus lima bintang -- yang pernah didiami Prince Roland Bonaparte -- apabila lagu malar segar, Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman, Kau Ilhamku berkumandang sambil berlatar belakang Menara Eiffel.
Hannah azam perkasakan lagi skuasy wanita Malaysia
Ancaman China dalam skuasy perlu diberi perhatian, demikian penegasan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, setelah menyedari ramai bekas pemain Malaysia yang kini bertindak sebagai jurulatih untuk negara Tembok Besar itu.
Newcastle in ‘much better place’ ahead of festive fixtures, says Howe
Preview: Aston Villa v Newcastle
France cannot 'be afraid of anyone' in tough Euro 2025 group, says Mateo
Mateo: France can't be afraid
LaLiga strugglers Valencia sack head coach Baraja
Valencia part ways with Baraja
'We will find a way' - Guardiola determined to get Man City out of slump
Preview: Man City v Everton
Nuno tempers Forest's top four expectations ahead of Tottenham reunion
Nuno tempers top four chances
Monza part ways with head coach Nesta after dismal Serie A start
Monza confirm Nesta sacking
Arteta confirms Arsenal injury blow as Saka ruled out for 'many weeks'
Arteta confirms Saka injury blow
Carragher: Real Madrid move could tarnish Alexander-Arnold legacy
Carra: Madrid move not good for TAA
Ferrari principal prepared to 'take risks' in 2025 F1 championship fight
Vasseur ready to take risks
'It's not going to change' - Postecoglou doubles down on attacking approach
Ange: Spurs' style will not change