Penaja Persatuan Bola Keranjang Negeri Sembilan, Datuk Lee Tian Hock, menepati janjinya untuk menghadiahkan ganjaran sebuah kondominium kepada pemain dan jurulatih NS Matrix.

Ganjaran lumayan itu hadir selepas pasukan tersebut mempertahankan kejuaraan Piala Agong buat kali keempat berturut-turut.

Ia secara tidak langsung menyemarakkan semangat pemain untuk berjuang demi negara memandangkan masa depan mereka dalam sukan ini terjamin.

"Saya ingin berterima kasih kepada presiden atas hadiah seperti ini.

"Saya berazam untuk beraksi lebih bagus dan bawa negara ke tahap lebih tinggi," kata juara Piala Agong 2016-2019, Wong Yi Hou.





Menurut rakan sepasukannya dalam kejayaan empat edisi lalu, Kuek Tian Yuan: "Negara lain mungkin tidak (bertuah) seperti kami. Kami sangat gembira presiden dapat membantu kami.

"Selama ini ada sesetengah orang mengatakan bola keranjang tiada masa depan.

"Mereka cenderung menyeru kami untuk beralih ke bidang bola sepak atau badminton mahupun memilih mencari pekerjaan lain.

"Sekarang orang bolehlah kata kancah bola keranjang adalah berbaloi."