Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, bersedia kehilangan beberapa nama bintang dalam persiapan Euro 2024.

Skuad 23 pemain itu berkemungkinan akan menyenaraikan pemain yang akan beraksi dalam final Liga Juara-Juara (UCL) pada 1 Jun di Wembley, hanya 15 hari sebelum perlawanan pembukaan Kumpulan C membabitkan mereka dengan Serbia di Gelsenkirchen.

Southgate berdepan kesukaran yang sama sebelum perlawanan akhir edisi sulung Liga Negara-Negara Eropah (UNL) pada 2019 selepas tujuh pemain tiba lewat susulan kemenangan Liverpool ke atas Tottenham dalam perlawanan akhir UCL.

Southgate juga berdepan dilema sama dalam temasya terakhir berikutan Chelsea dan Manchester City berentap dalam UCL 2021, namun ketua jurulatih itu menegaskan bahawa ancaman sebegitu adalah lumrah dalam jawatannya.

"Pasti kami lebih senang sekiranya semua pemain dapat berkumpul untuk latihan pusat tetapi itu bukanlah realiti yang akan kami hadapi," katanya.

"Kami pernah menangani perkara sebegini jadi kami tahu bagaimana rupanya.

"Adalah penting pemain mendapakan rehat psikologi di antaranya tempoh itu, namun sudah tentu realitinya semakin lama mereka bermain, semakin sedikit yang anda boleh berikan maklumat kepada mereka.



“Apa yang perlu kami lakukan sekarang ialah kami sudah tahu keputusan undian, mengkaji lawan untuk perlawanan memanaskan badan untuk mendapatkan gamabran sebenar skuad kami.”

England mengesahkan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Belgium di Wembley, Mac depan.

Naib juara Euro 2020 itu difahamkan merancang dua lagi perlawanan persahabatan di tanah air menentang lawan yang belum ditentukan.