Diberitakan legenda Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, bakal buat kemunculan semula di Old Trafford dalam masa terdekat.

Ini selepas dikatakan kelab inginkan Van Nistelrooy menyertai barisan staf Erik ten Hag dan sudah ada perbincangan telah dilakukan kedua-dua pihak.




Mengikut rekod, Nistelrooy sudah mempunyai pengalaman sebagai pengurus pasukan iaitu bersama Jong PSV (2021 - 2022) dan juga PSV Eindhoven (2022 - 2023).

Dia juga berhasil raih dua trofi bersama PSV Eindhoven dengan juarai Piala Belanda musim 2022/23 dan juga Piala Super Belanda 2022 dengan menundukkan Ajax dalam kedua-dua perlawanan itu.

Jika benar Nistelrooy akan kembali sertai kem Manchester United, ia mungkin satu petanda betapa seriusnya INEOS dalam membuat persediaan menjelang musim baharu nanti.

Keputusan mengenai adakah benar bekas penyerang Belanda itu bakal menyertai Red Devils atau tidak, akan diketahui tidak lama sahaja lagi.