Perlawanan suku akhir pertama Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) menyaksikan Kuala Lumpur Thunders menepati ramalan apabila berjaya menewaskan Terengganu Turtles di Stadium Melawati, Shah Alam, sebentar tadi.

Pemain kebangsaan, Syahir Rosdi dan Azlan Alias, mengetuai kemenangan KL Thunders dalam pertemuan straight set 2-0 untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir yang akan berlangsung esok.



Skuad kendalian Roslin Rahman itu akan bertemu pemenang daripada aksi suku akhir kedua iaitu Negeri Sembilan Antlers atau Selangor Pistons bagi meneruskan kemaraan ke peringkat akhir.