PDRM DEFENDERS 2 TERENGGANU TURTLES 1

PDRM Defenders bangkit daripada ketinggalan satu set untuk bergelar juara Divisyen 1 Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) dengan menewaskan Terengganu Turtles 2-1 dalam aksi final di Stadium MABA, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Defenders, yang menurunkan Syahmi Husin (tekong), Adli Abu Bakar (pengumpan) dan Shahalril Aiman Halim (perejam), bagaimanapun, tewas mudah 8-21 dalam set pertama.

Kemasukan Kembar kepada Shahalril Aiman, iaitu Shahalril Aimin Halim, yang memulakan set kedua selaku pengumpan, benar-benar mengubah corak permainan Defenders, di mana mereka tidak membenarkan Turtles untuk melebarkan jurang mata sebelum mendahului 9-6 dan meraih kemenangan 21-18 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Perlawanan kian sengit dalam set ketiga, di mana PDRM kerap ketinggalan di belakang tetapi mereka kemudian melakukan pecutan pada penghujung permainan untuk mendahului 20-19 sebelum bergelar juara dengan kemenangan 22-20

Dengan kemenangan itu, Defenders mengesahkan slot ke saingan Piala Cabaran STL untuk bersaing dengan tiga pasukan terbaik divisyen perdana musim ini begi perebutan gelaran berkenaan.

Turtles, dalam pada itu, akan mengiringi PDRM ke saingan Premier musim depan selaku naib juara.

Keputusan penentuan tempat ketiga:
PAHANG MAMMOTH 2 KEDAH EAGLES 1