Ketua jurulatih skuad basikal trek negara, John Beasley, menjadikan momen peningkatan prestasi anak buahnya iaitu Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sebagai detik terbaiknya sepanjang tahun ini.

Sebelum ini, Nurul Izzah menyambar dua emas dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 menerusi acara keirin elit wanita dan 500 meter (m) yang berlangsung di New Delhi, India, Februari lalu.





"Momen terbaik sepanjang 2024 adalah peningkatan prestasi Nurul Izzah, jadi negara mempunyai bakat muda yang baik dalam kancah berbasikal trek." katanya.