Dengan senarai calon Ballon d'Or sudah pun dikeluarkan, seramai 30 pemain telah dipilih dan nama seperti Dani Carvajal, Jude Bellingham, Toni Kroos dan Vinicius Junior menjadi wakil Real Madrid dalam perebutan pemain terbaik dunia itu.

Namun satu nama besar dari The Galacticos tertinggal iaitu Rodrygo yang menjadi nadi penting pasukannya memenangi Liga Juara-juara Eropah pada musim lepas.

Ini apabila sumbangan terbesar Rodrygo adalah dengan menghadiahkan dua gol di peringkat suku akhir menentang Manchester City.

Mengikut rekod individunya pada musim lepas sahaja, Rodrygo berjaya menjaringkan 17 gol dan 9 bantuan gol dalam 51 perlawanan sahaja.




Rodrygo yang agak tidak berpuas hati dengan namanya tidak tersenarai dalam senarai akhir itu tonjolkan kehampaannya dengan gambarnya kejayaannya pada musim lepas.

Patut atau tidak Rodrygo tersenarai dalam senarai 30 terbaik Ballon d'Or musim ini?