Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, mengakui pertemuan menentang Perak di Manjung petang tadi menghadirkan satu ujian berbeza buat barisannya.

"Berlatih di Kota Kinabalu pukul 3 petang pun tidak sepanas di Manjung.

"Cuaca panas ganggu rentak pemain," katanya selepas perlawanan.

Begitupun, kejayaan Sang Badak meraikan mata penuh ketika bertandang menghadapi Perak disambut Kim Swee dalam dilema.





Penggempur kebangsaan itu perlu diketepikan selepas dikeluarkan ketika mewakili Harimau Malaya menentang New Zealand, Isnin lalu.




Situasi itu mencetuskan kegusaran pengendali tersebut yang perlu mencongak percaturan terbaik.

Namun, kehadiran penyerang baru kelahiran Brazil, Joao Pedro, menawarkan kelegaan buatnya apabila meledak satu jaringan termasuk ketika membenam Sang Seladang, 4-2 petang tadi.