Penyerang Barcelona, Ansu Fati, mengalami kecederaan kaki semasa sesi latihan pramusim selepas kembali daripada tempoh pinjaman yang mengecewakan di Brighton & Hove Albion.
Harapan tinggi untuk Fati apabila dia menikmati musim kegemilangannya pada 2019-20, akhirnya diberikan jersi ikonik Blaugrana nombor 10 yang sebelum ini milik Lionel Messi.
Bagaimanapun, dia bergelut dengan kecederaan pada tahun-tahun berikutnya bermula daripada La Liga musim 2020-21 hingga akhir 2022-23.
Fati menyertai Brighton secara pinjaman musim lalu, tetapi dia hanya memulakan tiga perlawanan liga untuk kelab itu, dengan jumlah keseluruhan 514 minit dalam 19 penampilan dan menjaringkan dua gol.
Dia disisihkan daripada menyertai skuad ke Amerika Syarikat untuk jelajah pramusim Barca, yang menampilkan perlawanan menentang Manchester City, Real Madrid dan Milan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, kelab itu berkata: "Dalam sesi latihan Selasa, pemain pasukan utama Ansu Fati mengalami kecederaan pada bahagian kaki.
"Dia akan menjalani rawatan konservatif di Barcelona dan hanya akan kembali menyertai latihan selepas ditentukan oleh perkembangan ketika waktu pemulihannya."
Fati juga telah menyatakan hasrat untuk kekal bersama Barca, di mana dia mempunyai kontrak sehingga tahun 2027, walaupun baru-baru ini dia telah dikaitkan dengan perpindahan ke Fenerbahce kendalian Jose Mourinho.
Fatin Ruzaiman
Thu Jul 25 2024
LaLiga: Lima kemenangan dalam lima aksi buat Barcelona, Hansi Flick semakin membara
Pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal, menyumbang dua gol dalam separuh masa pertama untuk membantu Barcelona mengekalkan rekod bersih lima kemenangan tanpa kalah dalam saingan LaLiga dengan menewaskan Girona, awal pagi tadi.
LaLiga: Mbappe, Vinicius pamer sentuhan klinikal pastikan kemenangan Real Madrid
Vinicius Junior dan Kylian Mbappe kedua-duanya menjaringkan penalti ketika Real Madrid menewaskan Real Sociedad 2-0 di Reale Arena.
Saya mahu kekal di Barcelona dan bergelar legenda -- Lamine Yamal
Pemain muda Barcelona, Lamine Yamal, muncul di televisyen Sepanyol dan berbual tentang pelbagai topik berikutan peningkatan pesatnya menjadi bintang terkenal.
LaLiga: Barcelona masih mampu pertingkat mutu permainan -- Flick
Walaupun memenangi ketiga-tiga perlawanan di LaLiga setakat ini, Hansi Flick percaya Barcelona masih mempunyai ruang untuk meningkat menjelang pertembungan mereka dengan Rayo Valladolid.
LaLiga: Barcelona perlu sentiasa jadi pencabar utama -- Hansi Flick
Barcelona yang memulakan musim LaLiga dengan dua kemenangan berturut-turut walaupun kehilangan beberapa pemain utama secara tidak langsung meningkatkan jangkaan ramai terhadap pengurus baru, Hansi Flick.
Gundogan umum persaraan dari bola sepak antarabangsa
Ilkay Gundogan telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas menjadi kapten Jerman di tanah air pada Euro 2024.
Trofi Joan Gamper: Barcelona tewas kepada Monaco
Kemenangan 11 tahun Barcelona dalam perebutan Trofi Joan Gamper berakhir apabila pasukan bimbingan Hansi Flick itu tewas 0-3 kepada Monaco di Montjuic awal pagi tadi.
Lamine Yamal perlu terus gilap bakatnya-- Hansi Flick
Pengurus baru Barcelona, Hansi Flick, memuji persembahan luar biasa Lamine Yamal sepanjang kempen EURO 2024, tetapi percaya masih ada ruang untuk dia perbaiki dalam permainan pemain berusia 17 tahun itu.
Badi Ansu Fati berterusan selepas mengalami kecederaan kaki semasa latihan pramusim
Penyerang Barcelona, Ansu Fati mengalami kecederaan kaki semasa sesi latihan pramusim selepas kembali daripada tempoh pinjaman yang mengecewakan di Brighton dan Hove Albion.
LaLiga: Nico Williams makin hampir ke Barcelona
Pemain sayap muda Sepanyol, Nico Williams, kelihatan semakin hampir untuk menyertai Barcelona.
Kompany dreaming of leading Bayern to Champions League home final
Kompany dreaming of home final
Frank aims to 'find solutions' after being dealt Wissa injury update
Brentford confirm Wissa injury
Ricciardo ready to experience the world of motorsport amid F1 exit rumours
Ricciardo keeping options open
Liverpool opener a chance to show Milan progression, says Fonseca
Fonseca focused on Liverpool test
Koopmeiners backed to shine in Champions League opener by Motta
Motta: Koopmeiners will shine
Premier League MD4: Lucky winners and unlucky losers
PL lucky winners, unlucky losers
Russell 'surprised' by Baku podium as Hamilton lauds next generation
Russell surprised with Baku podium
Real Madrid handed injury boosts ahead of Champions League opener
Madrid receive injury boosts
Messi vows to keep fighting for title after stellar Miami return
Preview: Inter Miami v Atlanta
Barcelona dealt injury blow with Olmo out for five weeks
Olmo out injured for five weeks