Kepulangan pelari pecut sensasi, Eddy Bernard, ke kampung halamannya, Beluran, Sabah, pasca Sukan Paralimpik Paris merupakan detik perubahan positif dalam kariernya apabila dilabel sebagai hero Borneo berikutan kejayaan merangkul pingat gangsa 100 meter T44.

Paling mengujakannya, Eddy diangkat sebagai penerus legasi Watson Nyambek.

"Telefon bimbit juga belum ada jadi mahu tahu tentangnya juga susah.

"Saya pernah dengar namanya tapi tidak pernah jumpa (dan tahu) mukanya, asal usulnya.




"Tapi setiap kali bermain dengan kawan-kawan, mereka kata permulaan larian saya miripnya.

"Selepas mendapatkan latihan, barulah jurulatih bercakap tentang latihan, blok permulaan dan cara memulakan larian dan kedudukan badannya. Jadi dari situ barulah saya tahu.




"Dia seorang hebat, terpantas seperti Flying Dayak dan dia juga merupakan pelari pecut di Borneo.

"Borneo ini jauh jadi banyak atlet-atlet yang berbakat dan mereka belum jumpa jalan untuk dibawa bertanding.

"Cikgu dan jurulatih tidak jumpa mereka tapi mereka sangat berbakat, kadang-kadang saya ada terpikir untuk mengharumkan nama borneo.

"Medal pertama saya ialah pingat gangsa untuk dihadiahkan kepada Borneo," menurutnya dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis.