Pemain perseorangan para negara, Cheah Liek Hou, mempertahankan gelaran selepas meraih pingat emas acara perseorangan lelaki SU5 badminton Sukan Paralimpik Paris 2024, di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.

Dia menewaskan wakil dari Indonesia, Suryo Nugroho, dalam aksi straight set 21-12-21-15 untuk menyumbangkan pingat emas pertama buat negara dalam temasya itu.


Walaupun wakil Indonesia itu cuba untuk mengheret Liek Hou dalam set penentuan tetapi wakil negara memastikan harapan untuk Suryo bangkit terpadam.




Dia meraikan kemenangan dengan mengelilingi arena itu dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Terima kasih Cheah Liek Hou