Pemain badminton para negara, Muhammad Fareez Anuar mengekalkan rekod tanpa kalah di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas menundukkan Taiyo Imai dari Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B di Porte de La Chapelle Arena di sini, pada Sabtu.
Muhammad Fareez bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk bangkit daripada ketinggalan pada set pertama, 17-21, sebelum berjaya mencari semula momentum yang hilang dan mengecewakan Imai, 21-17, 21-17 dalam masa 72 minit, sekali gus melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.
Pemain berusia 28 tahun yang membuat penampilan sulung di Sukan Paralimpik itu mengakui permainannya agak perlahan pada set pertama kerana kerap memikirkan untuk memenangi perlawanan dan mengungguli kumpulan.
"Fikiran saya terganggu pada set pertama terlalu fikirkan nak menang kumpulan dan set kedua jurulatih (Nova Armada) beritahu cepatkan permainan dan saya all out dalam set seterusnya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di zon campuran.
Atlet dari Johor itu yang mengalami kecacatan siku kanan akibat kemalangan motosikal pada usia 15 tahun bagaikan tidak percaya mampu mara ke separuh akhir, selepas diundi dalam kumpulan maut bersama pemain nombor dua dunia, Fang Jen-Yu dari Taiwan dan pemain ketiga terbaik dunia, Dheva Anrimusthi dari Indonesia.
"Pencapaian ke separuh akhir sudah cukup baik buat saya. Saya turun di sini sebagai bukan pilihan sahaja namun Alhamdulillah semua perlawanan saya dapat atasi dengan sebaiknya," katanya.
Khamis lepas, pemain nombor empat dunia itu mencipta kejutan menewaskan pilihan kedua Jen-Yu 21-14, 21-18 diikuti kemenangan ke atas Anrimusthi yang juga juara Sukan Para Asia Hangzhou 2022, 14-21, 21-19, 21-19, semalam.
Dalam pada itu, Anrimusthi mengikut jejak langkah Muhammad Fareez ke separuh akhir dengan mengatasi Jen-Yu, 21-14, 21-18, untuk muncul naib juara Kumpulan B.
Sementara itu, cabaran Muhammad Ikhwan Ramli yang beraksi dalam acara perseorangan lelaki WH1 (kecacatan fizikal) berakhir apabila gagal melepasi Kumpulan B untuk mara ke suku akhir selepas tewas mudah 7-21, 4-21 kepada Qu Zi Mo dari China dalam masa 21 minit.
Noor Azwan Noorlan, yang bersaing dalam acara perseorangan lelaki WH2 (kecacatan fizikal) juga mengharungi kempen sulung yang mengecewakan apabila tewas kepada Ho Yuen Chan dari Hong Kong, 11-21, 11-21, selepas dikalahkan wakil Chile, Jamie Aranguiz, 15-21, 13-21 pada Jumaat bagi aksi Kumpulan D.
Terdahulu, Muhammad Ikhwan yang bergandingan bersama Noor Azwan dalam acara beregu lelaki WH1-2 (kecacatan fizikal) melakar kemenangan sulung mereka di sini ke atas Rick Cornell Hellman-Thomas Wandschneider dari Jerman 21-19, 21-17, pada aksi Kumpulan B.
Bagaimanapun, mereka tersingkir awal selepas tumpas kepada pasangan Jepun Daiki Kajiwara-Hiroshi Murayama 21-17, 13-21, 16-21 dan beregu China Qu Zi Mo-Mai Jianpeng 16-21, 6-21.-Awani
Ammar Hakim
Sat Aug 31 2024
Tidak ke BAM, Wong Tat Meng menanti masa untuk bersara
Bekas jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng, menafikan khabar angin bahawa dia dirisik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk membantu Kenneth Jonassen dalam sektor perseorangan kebangsaan.
Tiga perkara mengenai jurulatih baharu Lee Zii Jia, Yeoh Kay Bin
Yeoh Kay Bin diumumkan sebagai ketua jurulatih terbaru perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia, pada Hari Natal, selepas pemergian Wong Tat Meng. Stadium Astro mengkaji latar belakang dan berkongsi pencapaian bekas pemain kebangsaan itu.
Goh Sze Fei umum pertunangan
Pemain beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei, mengikat tali pertunangannya dengan Yoke Shan semalam.
Rosman beri pesanan buat Pearly-Thinaah menjelang musim 2025
Jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, memberi kata dua buat Pearly Tan-M. Thinaah, jika gandingan beregu di ranking keenam dunia itu mahu mengulangi musim cemerlang pada 2025.
Jurulatih dilantik perlu punyai kriteria keperluan pemain -- Kien Keat
Susulan situasi Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengemukakan cadangan pengganti Tan Bin Shen serta menyerahkan segala keputusan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memilih calon terbaik bagi membimbing mereka ke satu tahap lebih tinggi.
Naib juara dunia remaja 1998 kini jurulatih Lee Zii Jia
Bekas pemain Malaysia, Yeoh Kay Bin, diumumkan sebagai jurulatih baru kepada perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia.
Tang Jie-Ee Wei jadikan Zheng Siwei figura terbaik kekalkan momentum
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mempunyai aspirasi tersendiri untuk mengekalkan prestasi memukau ketika ini selepas pasca layak ke pentas Final Jelajah Dunia BWF yang lalu.
Mara ke separuh akhir pencapaian di luar jangkaan kami tahun ini -- Shevon Lai
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai membara untuk melakar lebih banyak kejayaan pada musim 2025 selepas mengharungi tahun ini dengan prestasi yang membanggakan.
Teka-teki siapa pengganti Tan Bin Shen? Aaron-Wooi Yik sudah kemuka calon terbaik
Teka-teki mengenai siapa bakal menggantikan Tan Bin Shen di posisi ketua jurulatih bahagian beregu lelaki negara kian hangat diperkatakan.
Best of 2024: K. Letshanaa pilih momen Sivasangari muncul juara Klasik London 2024
Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, memilih momen S.Sivasangari merangkul kejuaraan skuasy di Kejohanan London Klasik 2024 sebagai momen terbaik buat dirinya sepanjang tahun ini.
Paterson stars as South Africa start strong
Paterson stars for South Africa
Spirit, not tactics, key to Pereira's pristine start at Wolves
Pereira praises Wolves spirit
Fernandes dismissal crucial to Wolves defeat, says Amorim
Amorim laments Bruno red card
'It's only logical' - Postecoglou defends Spurs slump amid injury crisis
Postecoglou defends Spurs slump
New boss Juric pleased with Southampton despite latest defeat
Juric happy with Saints performance
Wolves 2-0 Manchester United: Cunha takes centre stage after Fernandes red card
Report: Wolves 2-0 Man Utd
Heat president Pat Riley says Miami won't trade Jimmy Butler
Riley says Heat won't trade Butler
Iraola: Bournemouth 'couldn't make difference in final third' during Palace stalemate
Iraola: We couldn't make difference
Injury rules Halep out of Australian Open
Halep ruled out of Australian Open
Duran dismissal 'hard to accept' as Emery rues red card
Duran red card 'hard to accept'