Aliran trafik di seluruh negara kini sedang merekodkan kesibukan kenderaan keluar dari ibu negara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam minggu hadapan.

Menerusi kemas kini Lembaga Lebuhraya Malaysia, lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Pantai Timur, (LPT) dan Lebuh Raya KL-Karak (KLK) telah pun dibanjiri oleh ratusan ribu kenderaan yang akan pulang menyambut hari raya bersama orang tersayang di kampung halaman.

Orang ramai dinasihatkan mengikuti peraturan jalan raya dan lalu lintas agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Sejurus selepas sambutan perayaan ini tamat, kita akan disajikan dengan pelbagai aksi sukan tanah air dan liputan antarabangsa yang menarik. Saingan Liga Malaysia 2024 akan memulakan perjalanannya melibatkan 13 pasukan yang bakal berentap.

Selain itu, acara dwi tahunan, Sukan Malaysia (SUKMA), yang bakal berlangsung di Sarawak, turut menjadi tumpuan. Dan pada tahun ini juga, kita akan menyaksikan Sukan Olimpik Paris, yang akan disertai oleh beberapa atlet demi misi membutirkan emas pertama negara.