Teknologi penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) rasmi diiktiraf dan diluluskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bermula musim 2024/2025 -- seterusnya menjadi antara 68 negara yang mendapat pengiktirafan badan induk dunia itu.

Menurut Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi menjelaskan selain mengadakan smeinar VAR, MFL turut menjalankan perlawanan simulasi teknologi itu menerusi lapan perlawanan pramusim yang melibatkan kelab Liga Super.

Langkah pelaksanaan VAR di Malaysia bermula April tahun lalu dengan lawatan delegasi daripada FIFA dan dua bulan kemudian, latihan VAR di negara ini diterap melalui tiga fasa latihan.

FAM turut menekankan bahawa penggunaan VAR akan terus diperkasakan dengan latihan berterusan dan pertambahan pengadil.