Tan Bin Shen sah tidak bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuat kuasa tahun depan selepas mengumumkan peletakan jawatannya selaku jurulatih skuad kebangsaan.

Badan induk itu mengumumkan jurulatih beregu lelaki negara itu akan meninggalkan BAM, sekali gus mengakhiri perjalanan bersama pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo dan Paris, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

“Bin Shen telah membuat sumbangan besar kepada badminton Malaysia, dan komitmennya sangat tidak ternilai.



"Kami amat berterima kasih atas kerja keras dan dedikasinya,” kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh Chee Keong.

BAM akan mengumumkan ketua jurulatih baru dalam masa terdekat.