Kedua-dua beregu negara itu bersaing hebat dan saling berkejaran mata sejak awal set pertama tetapi pengalaman yang dimiliki V Shem-Wee Kiong dimanfaatkan mereka selepas mendahului 15-12.
Finalis Sukan Olimpik Rio 2016 itu kemudian mula mempamerkan taring sebenar untuk memenangi set pembukaan itu 21-16.
V Shem-Wee Kiong membenarkan Nur Izzuddin-Sze Fei mendominasi sebahagian besar set kedua tetapi selepas mereka mengikat kedudukan 14-14, pasangan profesional itu tidak menoleh kebelakang untuk menamatkan pertarungan selama 40 minit itu dengan kemenangan 21-19.
Menanti mereka dalam separuh akhir esok adalah beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.
RESULTS: YONEX Thailand Open QF #MAS ?? Goh V Shem- Tan Wee Kiong def. #MAS ?? Goh Sze Fei-Nur Izzuddin 21-16 21-19 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers
Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 14 January 2021
Sementara itu, satu lagi beregu lelaki profesional negara, Onng Yew Sin-Teo Ee Yi, terkandas dalam suku akhir selepas tewas kepada gandingan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.
Wakil negara itu memberikan saingan sengit kepada pilihan keenam kejohanan berkenaan sebelum tewas 21-23 dalam set pertama.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat bangkit dalam set berikutnya untuk akur gagal ke separuh akhir selepas tewas 15-21.
RESULTS: YONEX Thailand Open QF #TPE Lee Yang-Wang Chi Lin (6) def. #MAS ?? Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 23-21 21-15 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers
Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, 15 January 2021