Di sebalik status Kejohanan Piala Thomas dan Uber yang masih menjadi tanda tanya, pemain beregu profesional negara, Goh V Shem, tidak terganggu dengan perkara itu dan berkeyakinan bahawa Malaysia akan dapat membentuk satu pasukan ampuh hasil gabungan pemain profesional dan pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Selepas berehat seminggu, skuad badminton negara kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Seramai lapan pemain profesional turut menjalani ujian saringan COVID-19 hari ini untuk menyertai latihan pusat berkenaan.
V Shem bersedia memberikan yang terbaik dalam sesi latihan itu bagi merebut tempat untuk menyertai Piala Thomas, Oktober ini selain Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
"Pasukan Malaysia memang kuat, sekarang ada Lee Zii Jia dalam skuad perseorangan. Dia nampak yakin.
"Prestasi (beregu) Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga semakin meningkat.
"Saya harap dapat beri saingan kepada mereka," katanya.
Bagi pemenang pingat perak acara beregu campuran Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon, agak sukar untuk menggambarkan perasaannya apabila kembali berlatih di ABM hari ini.
"Perasaan saya seperti pulang ke rumah. Saya sangat gembira dan berharap dapat belajar daripada satu sama lain, sama ada mereka belajar dengan saya atau sebaliknya," ujarnya.
Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, pula menegaskan latihan secara bersama itu mempunyai matlamat yang baik, iaitu meningkatkan kualiti pemain remaja negara.
"Dari awal lagi, tujuan latihan ini adalah supaya semua pihak mendapat manfaat.
"Melalui 'sparring' yang lebih berkualiti, pemain boleh belajar sesama sendiri, terutama buat pemain muda yang akan dapat belajar teknik dan corak permainan yang bagus dengan mereka (pemain senior)," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh, menganggap status Piala Thomas dan Piala Uber di Denmark, yang ditangguhkan buat kali kedua kepada Oktober depan, masih tiada perubahan selagi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi.
"Setakat ini, kami tidak menerima sebarang maklumat daripada BWF, yang menyatakan Kejohanan Piala Thomas dan Uber dibatalkan atau ditunda.
"Jadi, bagi kami, selagi tidak terima maklumat tersebut, kita anggap sahaja kejohanan ini akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan," katanya.
Penulis Jemputan
Tue Jul 14 2020
Zii Jia pamer perkembangan positif -- Peng Soon
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon, menganggap persembahan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, kini menunjukkan perkembangan positif selepas berjaya menang Terbuka Australia mengatasi pemain ranking keenam dunia, Kodai Naraoka.
Badminton Terbuka Malaysia: Peng Soon imbas momen indah final Terbuka Malaysia
Pemain berpengalaman, Chan Peng Soon mengimbas momen indah ketika beraksi pada pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, lapan tahun lalu.
Terkini: Chan Peng Soon akhirnya umum gantung raket
Pemain badminton beregu campuran legenda negara, Chan Peng Soon, sah akan menggantung raket tidak lama lagi.
Chan Peng Soon Sah Bersara?
Selepas pasangannya Goh Liu Ying bersara dalam Terbuka Malaysia 2023 - dalam masa terdekat bagi tahun 2024, gilliran pasangannya Chan Peng Soon pula yang akan ikut jejak langkahnya untuk bersara dalam kejohanan yang sama.
Siapa bakal jadi pengganti Peng Soon?
Ketua jurulatih profesional badminton negara, Rosman Razak mendedah tiada sebarang perbincangan lanjut mengenai siapa yang mungkin mengganti Chan Peng Soon untuk bergandingan dengan Cheah Yee See dalam masa terdekat.
Badminton Masters KL: Barisan pemain negara tekad tampil aksi terbaik
Beberapa gandingan beregu profesional dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bertekad untuk memparagakan aksi terbaik dalam saingan Kejohangan Badminton Masters Malaysia.
Chan Peng Soon belum mahu gantung raket
Pemain beregu campuran veteran negara, Chan Peng Soon, menegaskan bahawa dia belum bersedia untuk menggantung raket daripada pentas badminton antarabangsa tahun depan.
Peng Soon-Yee See sah tinggalkan BAM
Status pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon, sama ada kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atau tidak akhirnya terjawab.
Sukan Komanwel Birmingham: Peng Soon harap dapat tuai emas dalam penampilan terakhir
Pemain beregu campuran veteran negara, Chan Peng Soon, berharap dapat menuai pingat emas dalam penampilan terakhirnya di pentas Sukan Komanwel Birmingham 2022 menjelang aksi final acara badminton berpasukan campuran menentang India awal pagi esok.
Masters Malaysia: Laluan mudah buat Peng Soon-Yee See ke pusingan kedua
Gandingan Chan Peng Soon-Cheah Yee See, berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Brazil, Fabricio Farias-Jaqueline Lima, 21-13, 21-15.
'Far too early' to say Liverpool are best in the world, says Slot
Slot responds to Frank compliment
Man City bolster defensive ranks with Khusanov signing from Lens
Khusanov completes Man City move
Al-Ettifaq 1-2 Al-Ahli: Firmino helps visitors get back to winning ways
Report: Al-Ettifaq 1-2 Al-Ahli
Scotland captain Tuipulotu ruled out of Six Nations
Tuipulotu ruled out of Six Nations
Hamilton 'realises dream' on first official day at Ferrari
Hamilton realises Ferrari dream
Konate confirms he has been offered new Liverpool contract
Konate confirms Liverpool talks
Bruno becomes latest Primeira Liga casualty after being sacked by Porto
Porto sack manager Bruno
Atletico targeting Champions League showpiece, says Simeone
Simeone: Atletico targeting final
Australian Open: Lucky loser Lys revels in 'special' Melbourne run
Lys revels in Melbourne run
Premier League MD22: Lucky winners and unlucky losers
PL lucky winners, unlucky losers