Peluang beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, untuk membuat penampilan dalam Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan kian tipis susulan penyingkiran mereka dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland semalam.
Di atas kertas, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu sepatutnya tiada masalah untuk menewaskan gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Siedel.
Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila V Shem dan Wee Kiong tewas tipis 19-21, 19-21, sekali gus merencatkan usaha mereka untuk meraih lebih mata kelayakan ke Sukan Olimpik.
Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, V Shem berkata: "Ia bukan perlawanan yang terlalu sukar cuma kami banyak melakukan kesilapan mudah dan kalah disebabkan kesilapan sendiri.
"Undian juga nampak baik, jadi mungkin kami dapat beraksi lebih baik tetapi sudah tertewas dalam pusingan kedua. Ada sedikit kerugian daripada segi masa dan wang.
"Persiapannya sudah ada cuma peluangnya kini kelihatan sedah semakin kurang dan kami sudah tidak dapat buat apa-apa.
"Kami cuma boleh buat yang lebih baik dalam kejohanan yang seterusnya.
"Usaha mesti diteruskan. Selepas ini kami akan menyertai Kejohanan Seluruh England tetapi ia tiada mata kelayakan.
"Mungkin seterusnya dalam Terbuka Malaysia, Singapura dan India, jadi kami akan melakukan yang terbaik kerana kami juga ada penaja, jadi perlu buat yang terbaik," katanya.
Muzaffar Musa
Fri Mar 05 2021
Goh V Shem mahu Nur Izzudin-Sze Fei nilai semula keputusan keluar BAM
Bekas beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem, melihat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu menilai kembali keputusan untuk membenarkan Nur Izzudin-Goh Sze Fei itu keluar andai keputusan tersebut benar-benar dibuat oleh pemain itu.
Paris 2024: Goh V Shem pesan Zii Jia ketepikan kritikan di media sosial
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem, menitipkan pesanan berguna kepada pemain negara agar bertindak bijak dalam menggunakan media sosial peribadi masing-masing.
Kejohanan Badminton Kebangsaan: V Shem-Azriyn mara ke pusingan ketiga
Gandingan profesional negara, Goh V Shem-Nur Mohd Azriyn Ayub menepati ramalan mara ke pusingan ketiga Kejohanan Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.
Sukan Olimpik Tokyo: V Shem-Wee Kiong kibar bendera putih
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, dengan penuh berat hati mengumumkan bahawa mereka telah mengaku kalah dalam memburu tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo hujung Julai depan.
V Shem akur peluang layak ke Tokyo makin samar
Gandingan beregu profesional lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, yang kini berada di tangga ke-13 dunia akur ketinggalan mata terlalu jauh dalam ranking melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Peluang V Shem-Wee Kiong ke Sukan Olimpik kian tipis
Peluang beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, untuk membuat penampilan dalam Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan kian tipis susulan penyingkiran mereka dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland semalam.
Terbuka Thailand: Dua beregu lelaki profesional mandi peluh sebelum mara
Dua beregu lelaki profesional negara terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan lawan masing-masing bagi mengesahkan tempat dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.
Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong ke separuh akhir tewaskan rakan senegara
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, mengesahkan tempat dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menewaskan gandingan senegara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, hari ini.
Terbuka Thailand: Dua beregu lelaki negara ke suku akhir
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini
Piala Thomas: V Shem tidak terganggu dengan status kejohanan
Di sebalik status Kejohanan Piala Thomas dan Uber yang masih menjadi tanda tanya, pemain beregu profesional negara, Goh V Shem, tidak terganggu dengan perkara itu dan berkeyakinan bahawa Malaysia akan dapat membentuk satu pasukan ampuh hasil gabungan pemain profesional dan pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Sainz to team up with Williams for Abu Dhabi test
Carlos Sainz to test with Williams
'It's always personal' – Kolisi says South Africa highly motivated for England clash
Kolisi: Always personal for 'Boks
Archer, Root and Wood excluded from IPL auction list
Archer excluded from IPL auction
Bisseck signs Inter contract extension to 2029
Bisseck signs new Inter deal
ATP Finals: Perfect Zverev downs Alcaraz to reach semi-finals
ATP Finals: Zverev into final four
Ranieri turned down offers before Roma retirement U-turn
Ranieri turned down other offers
Van Nistelrooy wishes Man Utd success under Amorim
Van Nistelrooy wishes Man Utd well
Rozner takes halfway lead in Dubai, McIlroy and Hatton chasing
Rozner leads, McIlroy chasing
Indonesia 0-4 Japan: Visitors stay unbeaten with rout
Report: Indonesia 0-4 Japan
Kyrgios confirms return to competitive tennis in Brisbane
Kyrgios confirms return