Menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21, sembilan daerah di Sarawak bakal dikunjungi oleh peminat peminat sukan iaitu daerah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri.

Antara yang bakal menjadi tumpuan termasuklah daerah Sibu yang bakal menjadi salah satu vanue kejohanan bola sepak pada temasya tersebut.

Ada tiga vanue yang akan menjadi tuan rumah bagi acara tersebut iaitu Sibu di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Stadium Tun Zaidi, Mukah bertempat di Stadium Mukah, Padang MDDM, Padang SSC Mukah dan Bintulu di Stadium Bintulu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, gelanggang berbeza terbabit akan digunakan untuk perlawanan peringkat kumpulan membabitkan pasukan atau negeri terlibat.

Jelasnya lagi pada media sebelum ini, acara bola sepak lelaki peringkat kumpulan akan berlangsung di tiga bahagian berbeza melibatkan beberapa stadium di kawasan terbabit.

Bagi daerah Sibu ada dua vanue iaitu Stadium Tun Zaidi dan Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim.

Dua vanue ini berjarak antara lebih 25 kilometer antara satu sama lain dan menyediakan fasiliti yang cukup selesa samada buat atlet dan juga penyokong.

Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim misalnya telah dibina pada 2019 dan dibuka secara rasminnya pada 2022.

Pusat berkenaan telah menelan kos pemrbelanjaan sebanyak RM13.9 juta ringgit di kawasan berkeluasan 2.1 hektar.

Ia turut meliputi aktiviti sukan luar seperti bola sepak selain osukan dalamm dewan bagi penduduk sekitar berkenaan.

Manakal Stadium Tun Zaidi pula sebenarnya telah dibuka semula untukm digunakan pada 2022 selepas menjalani proses naik taraf dalam memastikan aktiviti sukan terutamannya bola sepak di stadium berkenaan dapat dijalankan dengan lebih kondusif.