Pasukan Landas yang mewakili Jabatan Tanah dan Survei Sarawak menunggu tujuh tahun untuk merampas kembali keunggulan Raja Sungai Sarawak dalam aksi Regata Sarawak 2017 yang berakhir petang tadi.
Dalam pertarungan 30 pengayuh perahu Bidar lelaki sejauh 1,500 meter bagi merebut Piala Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu, pengayuh perahu Landas 11 mencipta 7 minit 40 saat untuk muncul juara, diikuti perahu Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai dan Landas 31.
Kemenangan tersebut membolehkan Landas membawa pulang habuan RM16,000, termasuk RM10,000 selaku juara. Yayasan Sarawak sekadar membawa pulang wang tunai RM8,000.
Turut mencuri tumpuan ialah aksi kayuhan bersejarah Bidar 20 lelaki kategori kenamaan, yang dilepaskan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.
Perahu milik Yang di-Pertua dan Sultan Negara Brunei Darussalam, yang dikayuh sendiri oleh Sultan Hassanal Bolkiah muncul johan dengan mencatat 9m 26s.
Ini diikuti perahu milik Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Menteri 3.
Keputusan lain menyaksikan Sinaran Keris Jang memenangi kategori Bidar 25 pengayuh lelaki manakala Armada Pemuda menjuarai Bidar 20 pengayuh lelaki dan Kenyalang 20 pengayuh lelaki.
Armada Pemuda yang mewakili Samarahan turut memenangi Bidar 20 pengayuh lelaki Antara Bahagian manakala Keris Terbang Sungai Maong mengungguli Bidar 20 pengayuh campuran (15 lelaki, 5 wanita).
Uniknya regata di Tebingan Kuching ini, ia merupakan simbol perpaduan dan tidak pernah gagal diadakan sejak 1872, ketika Sarawak masih di bawah pemerintahan Rajah James Brooke.
Untuk tujuan perlumbaan ini, Sultan Hassanal Bolkiah mencemar duli untuk tiba di Kuching sekitar jam 12.30 tengah hari tadi sebelum terbang balik ke Bandar Seri Begawan pada jam 5 petang.
Rudi Affendi Khalik
Sun Nov 19 2017
Sukma Sarawak: Gerald Rentap galas tanggungjawab Chef De Mission Sarawak kali kedua
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, diberi tanggungjawab sebagai Chef De Mission (CDM) Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 pada Ogos depan.
Sukma 2024: Terengganu sasar 75 pingat emas
Terengganu menaruh harapan untuk merampas kedudukan juara dengan menyasarkan 75 pingat emas pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) XXI di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 25 Ogos depan.
Sukma Sarawak: Lan berambeh ke Sibu!
Sembilan daerah di Sarawak iaitu Mukah, Sibu, Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Bintulu, dan Miri bakal dibanjiri oleh peminat-peminat sukan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Sukma Sarawak: Stadium Tun Zaidi, Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim bakal jadi tumpuan warga Sibu
Menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21, sembilan daerah di Sarawak bakal dikunjungi oleh peminat peminat sukan iaitu daerah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri.
Sukma Sarawak: Apa yang menarik di Mukah?
Menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21, sembilan daerah di Sarawak bakal dikunjungi oleh peminat peminat sukan iaitu daerah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri. Setiap daripada daerah itu mempunyai keistimewaan dan keunikkannya tersendiri yang bakal menjadi tarikan kepada para pengunjung.
Perak tagih sokongan padu penyokong
Sorakan peminat setia pasukan The Bos Gaurus bakal pencetus semangat pemain tatkala melayani kunjungan Sarawak dalam perlawanan pembukaan Piala FA di Stadium Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada Sabtu ini.
Tiket palsu dikesan di Likas
Tiket perlawanan palsu telah dikesan penggunaannya di Stadium Likas, Kota Kinabalu, susulan tertangkapnya seorang lelaki dalam aksi Liga Perdana antara Sabah dan Sarawak, Sabtu lalu.
Kejayaan Robert, Vest cetus semangat Gillan
Pengendali Sarawak, Ian Andrew Gillan, berharap mampu mengikut tuah dua jurulatih asing yang pernah menjulang skuad Bujang Senang, Alan Vest dan Robert Albert, dalam misi memburu slot ke Liga Super pada tahun 2019.
Landas rampas gelaran Raja Sungai Sarawak
Pasukan Landas yang mewakili Jabatan Tanah dan Survei Sarawak menunggu tujuh tahun untuk merampas kembali keunggulan Raja Sungai Sarawak, dalam aksi Regata Sarawak 2017 yang berakhir petang tadi.
Bekas setiausaha agung bidas pengurusan baru FAS
Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Abdullah Julaihi, petang tadi tampil memberi penjelasan bahawa pengurusan lama iaitu FAS FMG Sdn Bhd, tidak harus diheret dalam isu skuad Sarawak yang berdepan penggantungan lesen oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLPP).
Edwards salutes 'special club' Luton after relegation confirmed
Edwards hails 'special club' Luton
Ten Hag concedes Man Utd's Premier League finish 'not good enough by far'
Ten Hag: 'Man Utd not good enough'
Inter 1-1 Lazio: Dumfries grabs late draw for champions
Report: Inter 1-1 Lazio
Havertz: Arsenal deserved more than finishing second
Havertz: Arsenal deserved more
Haaland never doubted Man City's title chances after Tottenham triumph
Haaland always confident on title
De Bruyne ranks comeback title triumph among most special moments
De Bruyne: Latest title means more
Foden has 'cemented himself as one of Man City's greats', says Ferdinand
Rio Ferdinand thinks Phil Foden has elevated his Manchester City status to a whole new level after helping clinch the Premier League title.
Klopp calls on Liverpool supporters to believe after Anfield farewell
Klopp waves goodbye to Anfield
Man City star Haaland wins Premier League Golden Boot again
As his stunning start to his career in England continues, Erling Haaland has sealed a second consecutive Golden Boot.
Arteta thanks Arsenal fans for their patience after Gunners miss out on title
Arteta thanks Arsenal fans