Menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21, sembilan daerah di Sarawak bakal dikunjungi oleh peminat peminat sukan iaitu daerah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri. Setiap daripada daerah itu mempunyai keistimewaan dan keunikkannya tersendiri yang bakal menjadi tarikan kepada para pengunjung.

Temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21 akan memberi impak yang besar kepada sektor ekonomi di negeri Sarawak, di mana ia bakal menjadi peluang buat mereka meraih keuntungan hasil daripada pengunjung yang hadir ke negeri Bumi Kenyalang itu sebagai penonton kepada acara-acara sukan yang bakal berlangsung di daerah daerah yang tersenarai pada 17 hingga 24 Ogos 2024.

Mukah salah satu daerah yang terpilih untuk menjadi sebagai salah satu tempat yang akan berlangsungnya acara sukan iaitu acara bola sepak, judo dan bola jaring. Semestinya peminat acara-acara tersebut akan membanjiri kawasan daerah Mukah sekaligus memberikan impak kepada kawasan Mukah.

Mukah turut dikenali dengan beberapa makanan tradisional mereka yang diperkenalkan dari masyarakat Melanau iaitu sagu, umai, linut, siet (ulat mulong) dan tebaloi. Makanan-makanan tradisional masyarakat Melanau tersebut akan menjadi tarikan kepada peminat yang berasal dari luar daerah Mukah lebih-lebih lagi dari Semenanjung Malaysia yang ingin mencuba. Peniaga-peniaga kecil yang menjual makanan makanan itu akan memperoleh keuntungan hasil daripada kunjungan daripada pengunjung ke daerah Mukah.


1) SAGU


2) LINUT



3) UMAI


4) ULAT MULONG


5) TEBALOI

Keunikan makanan tradisional dari masyarakat Melanau seperti linut dan ulat mulong itu akan membuatkan pengunjung yang hadir ke Mukah sebagai penonton kepada acara sukan yang berlangsung di daerah tersebut ingin mencuba sendiri dimana sebelum ini mereka hanya dapat melihat makanan tradisional itu hanya di media sosial.