Skuad hoki negara akhirnya meraih kemenangan pertama dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) apabila mengatasi 5-4 di Moqi, China sebentar tadi.

Dua gol Syed Syafiq Syed Cholan selain masing-masing satu gol daripada Norsyafiq Sumantri, Syarman Mat Tee dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal memastikan kemenangan pertama itu selepas The Speedy tigers beraksi hambar dalam tiga perlawanan terdahulu.

Malaysia memulakan kempen dengan mengikat Pakistan 2-2 sebelum dikejutkan tuan rumah, China, dengan kekalahan 2-4.

Skuad negara kemudian dibelasah India 8-1 semalam, sekali gus menjadikan misi memburu penamat podium kian mustahil.

Malaysia seterusnya akan berdepan Korea Selatan bagi aksi terakhir peringkat roundrobin lusa.