Kurang 200 hari lagi sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 membuka tirai di Sarawak pada 17 Ogos hingga 24 Ogos depan.

Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) baru-baru ini telah membuat pelancaran Majlis Countdown SUKMA Johor “SUKMA 2024: The Next Chapter” bertempat di Pusat Akuatik MBJB, Arena Larkin yang turut dirasmikan Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Dalam intipati majlis, YAB Datuk Onn Hafiz juga secara rasminya mengumumkan imbuhan yang bakal diberikan kepada atlet Sukma yang berjaya membawa pulang pingat emas, iaitu sebanyak RM10,000 menyaksikan peningkatan 100 peratus berbanding insentif edisi lalu, RM5,000 selepas kontinjen Johor muncul sebagai juara keseluruhan.

A post shared by MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR (@riseupjohor)


Johor juga menyasarkan sehingga 70 pingat emas untuk diburu dalam edisi kali ini dalam misi mempertahankan kejuaraan. Dalam Sukma 2022, kontinjen negeri Johor telah merangkul 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa.

Sudah pasti dengan insentif yang bakal diberikan ditambah lagi dengan inisiatif yang diperkenalkan MSNJ seperti program ‘Sports Connoisseur’ dan ‘The Heroes Alma Mater SUKMA Johor’ bakal memberikan semangat luar biasa dan membantu persiapan kontinjen Johor menjelang Sukma 2024.