Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 apabila sepak mula dijadual pada awal Mei.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi komen hantaran perpisahan dengan barisan kejurulatihan termasuk Esteban Solari serta beberapa pemain menerusi laman sosial pada Khamis.
Malah baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberi bayangan ramai lagi pemain akan keluar dari kelab susulan langkah penjimatan yang dibuat oleh pasukan.
“Underdog tahun depan. Akan ada ramai lagi yang akan keluar dari club. Process berjimat,” komen Tunku Ismail menerusi komen di Instgram.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards memaklumkan beberapa langkah progresif bakal diambil bagi memastikan kelangsungan kelab dapat diteruskan dengan stabil pada masa akan datang.
“Kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30-40 peratus untuk membolehkan proses tersebut.
"Kami tidak akan membelanjakan wang. Kami akan mengurangkan perbelanjaan kami,” katanya.
Skuad Harimau Selatan pada Khamis membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan perpisahan dengan Solari.
Turut meninggalkan kelab ialah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero dari barisan kejurulatihan.
“JDT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli,” catat JDT menerusi Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis.
Malah Tunku Ismail turut meluahkan kekecewaan susulan sambutan kurang memberangsangkan para peminat untuk membanjiri Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri meskipun harga tiket yang ditawarkan RM10.
“Stadium jarang penuh. RM10 aja tiket terbuka. Apa pun kita doa yang terbaik untuk kelab. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami,” titah baginda.-Sinar Harian
Undi Best of 2023 di sini! #Bestof2023
Ammar Hakim
Fri Dec 29 2023
Piala FA: Cabaran sukar menanti Selangor, JDT bertemu Kelantan di pusingan 16
Selangor bakal menempuh perjalanan sukar untuk membawa cabaran ke final Piala FA apabila diundi bertemu Negeri Sembilan dalam saingan pusingan 16.
Info Siaran Liga Super: Jadual perlawanan Minggu Kedua
Jadual perlawanan Liga Super pusingan kedua (LS2) akan bermula pada Jumaat ini.
Legenda Everton kunjungi fasiliti, stadium JDT
Bekas bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT DI Padang Seri Gelam, semalam.
Perlawanan Sumbangsih: Pertukaran, bayaran balik tiket bermula esok hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Perlawanan Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.
Perasaan TMJ campur baur julang Piala Sultan Haji Ahmad Shah
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih: JDT raikan kejuaraan ke-27
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sebentar tadi meraikan kejayaan mendakap Piala Sultan Haji Ahmad Shah melalui kemenangan percuma 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Solidariti Kim Pan-gon bersama Faisal Halim
Barisan kejurulatihan negara sentiasa bersama pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim bagi menempuh situasi sukar selepas menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Damansara Ahad lepas.
Perlawanan Sumbangsih: JDT tawar pulangkan duit tiket, tukar ke perlawanan lain
Johor Darul Ta'zim (JDT) selaku tuan rumah memberi dua pilihan kepada penyokong mereka untuk menebus tiket mereka berikutan pembatalan Piala Sumbangsih.
Terkini: MFL sahkan perlawanan Sumbangsih dibatalkan
Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini mengesahkan bahawa perlawanan Sumbangsih sebagai perlawanan pembukaan Liga-M musim 2024/2025 dibatalkan susulan penarikan diri pasukan Selangor.
In life, the show must go on -- TMJ
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, melalui hantaran Instagram terbarunya berkata 'In life, the show must go on', sebentar tadi.
San Jose Earthquakes v Orlando City: Gonzalez certain things will turn
The struggling San Jose Earthquakes host Orlando City in MLS this weekend.
Toronto FC v CF Montreal: Courtois accepts blame amid ongoing winless streak
Courtois wants end to winless run
Jarry defeats Paul to set up Zverev showdown in Italian Open final
Jarry sets up Zverev final in Rome
Fiorentina 2-2 Napoli: Kvaratskhelia keeps visitors' slim European hopes alive
Report: Fiorentina 2-2 Napoli
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg): Saints set up play-off final with Leeds United
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg)
Al-Nassr 1-1 Al-Hilal: Mitrovic scores last-gasp penalty
Report: Al-Nassr 1-1 Al-Hilal
Marc Skinner signs Manchester United Women contract extension
Marc Skinner to stay on at Man Utd
IPL: Mumbai Indians condemned to last-place finish after 18-run defeat to Super Giants
Indians consigned to last place
Premier League title race destiny is 'in our hands', says Man City boss Guardiola
Preview: Man City v West Ham
Fifth-place finish would be 'amazing' for Chelsea, claims Pochettino
Preview: Chelsea v Bournemouth